Judul : Salib: Jangan Bela Satu Pihak. Ajar Sikit Sekutu DAP..
link : Salib: Jangan Bela Satu Pihak. Ajar Sikit Sekutu DAP..
Salib: Jangan Bela Satu Pihak. Ajar Sikit Sekutu DAP..
KEPALA BATAS: Adun Penaga, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah menempelak sikap Adun Bukit Tengah, Gooi Hsiao Leung yang membela soal sensitiviti bukan Islam semata-mata terhadap isu lambang salib di Grace Residence di Jelutong.
Tegasnya, pemimpin PH seharusnya menjaga sensitiviti semua pihak, terutama mengajar rakan sekutunya dari DAP supaya belajar untuk menghormati segala yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan terlebih dahulu.
"Hak masyarakat Islam, bangsa Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu, Tanah Rizab Melayu dan Raja-raja Melayu yang tertakluk dalam Perlembagaan sering diperlekehkan, hingga umat Islam bangkit menunjukkan penentangan.
"ICERD contohnya, bercanggah dengan beberapa perkara dalam Perlembagaan apabila Kerajaan PH cuba untuk meratifikasinya. ICERD yang memberi kesan negatif terhadap semua tonggak itu," bidas beliau.
PH khususnya DAP kata beliau, kini galak berjuang merobek Perlembagaan Persekutuan dengan suara-suara desakan yang merendahkan Islam dan melemahkan Institusi Raja-raja berperlembagaan secara senyap dan sindiran.
Menurutnya, DAP terus mempertahankan prinsip dan ideologi penjajah dengan penentangan mereka terhadap RUU355 walaupun hukuman Islam ini hanya tertakluk kepada masyarakat Malaysia beragama Islam sahaja.
"Adub Bukit Tengah harus sedar bahawa toleransi umat Islam di negara ini ada batasnya, walaupun DAP berjaya melahirkan tali barut - tali barut dari kalangan Melayu sendiri untuk meminggirkan Islam daripada Perlembagaan.
"Begitu juga tindakan parti itu memperkecilkan Raja-raja yang menjadi Ketua Agama, maka nescaya mereka DAP tidak akan berjaya," peringat beliau yang juga Ketua Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.
Seru beliau, Hsiao Leung perlu belajar kembali sejarah apabila bercakap soal bangunan yang dinyalakan berbentuk salib dan umat Islam harus menghormati sensitiviti bukan Islam untuk bebas menyatakan agama mereka secara terbuka tanpa takut dan bersembunyi.
"Jadi, di mana pula hak Agama Islam yang merupakan Agama Persekutuan dan hak istimewa Melayu dan Bumiputera yang dijamin Perlembagaan? Hsiao Leung perlu sedar, Melayu dan Bumiputera menggadaikan nyawa dan bersendirian menentang penjajah demi kemederkaan dan kemakmuran negara ini.
"Jangan hanya membicarakan hak bukan Islam, tetapi dalam masa yang sama menentang keras umat Islam untuk memilih hidup berlandaskan peraturan Allah Taala di tanah tumpah darah ini, dan adakah ini yang dimaksudkan tolerasi anjuran PH selama ini?
"Perkara-perkara yang boleh menyebabkan ketegangan antara agama dan kaum harus diuruskan secara bijaksana. Hsio Leung mahupun Kerajaan Negeri harus bertindak segera memperbetulkan keadaan.
"Tindakan pemaju sama ada sengaja atau tidak sengaja mengundang keresahan dan kemarahan umat Islam. Kerajaan DAP wajib menerima teguran Mufti Pulau Pinang, Dato' Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor bagi mengubah kedudukan lampu-lampu di bangunan tersebut supaya tidak kelihatan seperti lambang salib," gesanya. - HARAKAHDAILY 14/1/2019
Sobat baru saja selesai membaca :
Salib: Jangan Bela Satu Pihak. Ajar Sikit Sekutu DAP..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Salib: Jangan Bela Satu Pihak. Ajar Sikit Sekutu DAP.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Salib: Jangan Bela Satu Pihak. Ajar Sikit Sekutu DAP.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/salib-jangan-bela-satu-pihak-ajar-sikit.html