Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M

Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M
link : Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M

Baca juga


Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M

Pendedahan Wan Saiful: PH, jangan sampai rakyat berpaling tadah - Akhbar Satar
"Rakyat pilih PH kerana mahu hapus rasuah, jangan sampai mereka 'pangkah' yang lain bila tiba Pilihan Raya nanti," kata Akhbar. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pendedahan yang dibuat bekas setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Wan Saiful Wan Jan berhubung salah guna kuasa dalam parti itu perlu diambil berat dengan serius oleh kepimpinan tertinggi Bersatu.

Jika tidak, kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar, seluruh rakyat akan hilang percaya kepada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) secara seluruhnya, akhirnya membawa kepada kejatuhan mereka.

“Sebab dalam manifesto PH, mereka telah katakan bahawa mereka mahu elak rasuah kerana rejim sebelum ini telah melakukan rasuah dengan teruk. Kemenangan mereka adalah kerana untuk menolak rasuah.

“Jika ia masih berlaku, rakyat akan marah dan bila Pilihan Raya nanti rakyat akan memikir untuk memangkah parti lain,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.

Katanya, kepimpinan tertinggi PH perlu memantau setiap daripada pergerakan pemimpin mereka dan menasihati mereka supaya tidak mengulang kesilapan yang dilakukan kerajaan sebelum ini.

Pada Isnin, Wan Saiful Wan Jan mengeluarkan kenyataan mendedahkan bahawa dirinya telah digesa untuk menarik semula laporan polis yang dibuat berkenaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.


Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu juga memaklumkan bahawa dia ditawarkan wang besar untuk membantu dalam hal aturan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta Ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis.


Mengulas tindakan itu, Akhbar berkata sepatutnya Wan Saiful melaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan utama yang bertanggungjawab mengendalikan kes-kes sedemikian.


Jelasnya, individu atau pihak yang membuat pendedahan melalui media massa tidak akan dilindungi oleh Akta Pemberi Maklumat, dan rasional untuk melaporkan terus kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah supaya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan segera sebelum kebarangkalian seperti bukti-bukti kes dihapuskan dan saksi melarikan diri tidak berlaku.


Namun, tidak salah katanya sekiranya laporan kepada pihak berkuasa dan pendedahan menerusi media dibuat seiring. (AA)




Sobat baru saja selesai membaca :

Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Rakyat 'akan hilang percaya kepada Bersatu dan PH' -Presiden TI-M link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/rakyat-akan-hilang-percaya-kepada.html

Subscribe to receive free email updates: