Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL?

Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL?
link : Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL?

Baca juga


Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL?

Pawagam akhirnya dibuka di Jeddah
Pembukaan pawagam Vox menarik perhatian masyarakat Arab Saudi. - Gambar laman sosial

KERAJAAN Arab Saudi akhirnya membenarkan pembukaan pawagam di kota Jeddah pada Isnin.

Pembukaan pawagam itu sekali gus lapor Arab News dijangka menarik perhatian 35 juta penonton di negara berkenaan untuk menonton filem pada setiap tahun.

Pawagam telah diharamkan pembukaannya di Arab Saudi sejak berdekad lamanya sehinggalah pada April lalu, pentadbiran kota Riyadh membenarkan pusat hiburan itu dibuka.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif serantau rangkaian pawagam Majid Al Futtaim, Cameron Mitchell, Arab Saudi memiliki kapasiti untuk menarik jumlah penonton yang besar.


“Jika dilihat pasaran Dubai, kami memiliki 15 juta pelanggan setiap tahun. Untuk jangka masa pendek, kami menjangkakan penonton Arab Saudi boleh mencecah angka 30 juta orang (setahun)," kata Mitchell ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan pawagam Vox di Red Sea Mall, Jeddah pada Isnin.

Kajian yang dilakukan firma PwC Timur Tengah pada November lalu, perolehan dalam industri pawagam di Arab Saudi dianggarkan mencecah AS$1.5 bilion (RM6.2 bilion) menjelang 2030.

Anggaran sedemikian dibuat berdasarkan populasi di negara berkenaan yang berjumlah 39.5 juta pada 2030.

Tahun lalu, pemilik pawagam Vox memberitahu kesediaan untuk melabur AS$533 juta (RM2.2 bilion) untuk membuka 600 panggung dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sebanyak 95 peratus pekerja terdiri daripada rakyat Arab Saud. Di mana-mana saja negara tempat pawagam kami beroperasi, kami akan pastikan rakyat tempatan yang bekerja. Hal yang sama berlaku di Mesir dan Lebanon serta Arab Saudi tentu sekali," ujar Mithchell lagi.

Menurut Mitchell, pihaknya menjangkakan pawagam Vox di Red Sea Mall akan menayangkan pelbagai filem dengan anggaran 300 buah filem ditayangkan dalam masa setahun atau sekurang-kurangnya enam buah filem seminggu.

Pembukaan pawagam Vox menarik perhatian masyarakat Arab Saudi sehingga orang ramai berkongsi mengenai keterujaan mereka di laman-laman sosial.

Pawagam berkenaan juga akan menayangkan filem-filem seperti Glass, Mary Poppins Returns, How to Train Your Dragon serta Aquaman and On The Basis of Sex pada minggu ini.

Selepas Riyadh dan Jeddah, pawagam juga akan dibuka di wilayah Tabuk menjelang tahun ini atau awal 2020.

"Kami diberi lesen untuk membuka pawagam pada April lalu dan kami memenuhi segala peraturan dan syarat yang akhirnya melancarkan urusan kami," kata beliau lagi.

Mitchell juga memberi jaminan tidak akan tercetus sebarang isu pemisahan jantina penonton memandangkan pusat hiburan yang dibuka di Arab Saudi itu sudah ditetapkan pawagam khusus untuk mereka yang berkeluarga dan orang bujang. (Agensi Januari 30,2019)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cuba teliti, samakah suasana pawagam atau pusiat hiburan di Saudi dengan yang di barat seperti Eropah dan AS? Samakah suasana pawagam atau pusiat hiburan di Kelantan dan Terengganu dengan yang di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang? Jauh seperti langit dengan bumi. Jauh juga seperti PH dengan PAS atau neraka dengan syurga?! 

Pawagam akhirnya dibuka juga di Jeddah, samakah seperti pusat hiburan  di KL? Allah saja yang Maha Tahu...

Hasil carian imej untuk pawagam di Kuala Lumpur dan negara barat


Sobat baru saja selesai membaca :

Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Pawagam Akhirnya Dibuka Di Jeddah, Samakah Seperti Pusat Hiburan Di KL? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/pawagam-akhirnya-dibuka-di-jeddah.html

Subscribe to receive free email updates: