Judul : Pastikan PH Bebas Dari Fahaman Sempit - Anwar
link : Pastikan PH Bebas Dari Fahaman Sempit - Anwar
Pastikan PH Bebas Dari Fahaman Sempit - Anwar
Pastikan agenda reformasi PH bebas daripada fahaman sempit - Anwar
KUALA LUMPUR 2 Jan. - Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim komited dalam memastikan agenda reformasi kerajaan Pakatan Harapan (PH) ke arah kebaikan berjalan lancar tanpa dirosakkan atau diperalat oleh fahaman perkauman dan agama sempit atau kekeliruan kerosakan yang lain.
Menerusi amanat beliau bersempena Tahun Baharu ini, beliau mahu barisan kepimpinan PH membaiki segala kelemahan selain menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat khususnya terhadap golongan miskin bandar dan luar bandar.
"Maka wajar kita pastikan suara denyut nadi rakyat terutama golongan miskin diperjuangkan walaupun ini mengundang kritikan kerana ada yang menganggap hal ini tidak harus dihebahkan.
"Saya berbeza pendapat kerana janji kita dengan pentadbiran baharu adalah memastikan kepentingan rakyat diutamakan dan permasalahan mereka menjadi permasalahan negara," kata beliau menerusi hantaran video pendek di akaun Facebooknya.
Mengenai sistem pemerintahan PH yang lebih telus, demokratik dan bertanggungjawab, Anwar yakin kerajaan PH mampu menjalankan tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat dari pelbagai latar belakang ekonomi termasuk di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut memuji rakyat negara ini yang memberi peluang kepada PH untuk mengambil alih tampuk pemerintahan daripada kerajaan Barisan Nasional dalam keadaan aman tanpa berlaku sebarang pertumpahan darah atau kerosakan harta benda.
"Justeru, saya ingin menyatakan juga penghargaan kepada pasukan keselamatan dan penjawat awam yang menunjukkan kesediaan bantu proses peralihan kuasa dengan aman," katanya. - BERNAMA
Sobat baru saja selesai membaca :
Pastikan PH Bebas Dari Fahaman Sempit - Anwar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pastikan PH Bebas Dari Fahaman Sempit - Anwar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Pastikan PH Bebas Dari Fahaman Sempit - Anwar link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/pastikan-ph-bebas-dari-fahaman-sempit.html