Judul : Kontrak CCCC: Azmin Kejutkan G/Eng.. Sensitif, Tunggu, Tidak Batal?
link : Kontrak CCCC: Azmin Kejutkan G/Eng.. Sensitif, Tunggu, Tidak Batal?
Kontrak CCCC: Azmin Kejutkan G/Eng.. Sensitif, Tunggu, Tidak Batal?
PULAU PINANG 27 Jan. - Kenyataan rasmi mengenai status kontrak antara kerajaan dengan China Communication Construction Company Ltd. (CCCC) bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dibuat secara bertulis minggu depan.
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, perkara itu memandangkan ia membabitkan sebuah projek mega selain seperti diputuskan Kabinet sebelum ini. Sehubungan itu, beliau mengingatkan media supaya tidak membuat sebarang tekaan atau memainkan perkara yang tidak berbangkit atau tidak berasas mengenai isu terbabit.
“Ini bersangkut-paut dengan perkara kontrak yang sensitif dan sebagainya, sebab itu saya tidak mahu sebut lebih daripada itu, lebih baik kita berpandukan kepada kenyataan bertulis yang akan dikeluarkan minggu depan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Perpustakaan Digital di Jalan Masjid Negeri, di sini hari ini.
Isu mengenai kontrak CCCC bagi membina ECRL yang menghubungkan Pelabuhan Klang di Selangor dengan Pengkalan Kubor di Kelantan sepanjang kira-kira 688 kilometer itu mencetuskan tanda tanya berikutan perbezaan kenyataan yang dibuat pemimpin kerajaan.
Ia berikutan kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menyebut kerajaan telah memuktamadkan pembatalan kontrak dengan CCCC yang digantung pada Julai tahun lalu itu pada mesyuarat Kabinet Khamis lalu.
Bagaimanapun, kenyataan Mohamed Azmin itu mengejutkan Guan Eng yang berpendapat beliau mungkin tidak dimaklumkan mengenai keputusan dibuat Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu mesyuarat itu.
Sementara itu, ditanya sama ada akan terdapat perubahan mengenai status kontrak CCCC itu berbanding yang diumumkan Mohamed Azmin, Guan Eng bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebaliknya menegaskan supaya menunggu pengumuman mengenainya dibuat kelak.
Sebelum ini, portal berita Straits Times yang berpangkalan di Singapura melaporkan penamatan kontrak itu dilaksanakan susulan kegagalan CCCC mengurangkan kos projek kepada separuh iaitu RM40 bilion berbanding RM81 bilion selain menepati beberapa permintaan kerajaan. (IH)
Sobat baru saja selesai membaca :
Kontrak CCCC: Azmin Kejutkan G/Eng.. Sensitif, Tunggu, Tidak Batal?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kontrak CCCC: Azmin Kejutkan G/Eng.. Sensitif, Tunggu, Tidak Batal? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Kontrak CCCC: Azmin Kejutkan G/Eng.. Sensitif, Tunggu, Tidak Batal? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/kontrak-cccc-azmin-kejutkan-geng.html