Judul : Era PH- Nasib Felda Terus Lesu
link : Era PH- Nasib Felda Terus Lesu
Era PH- Nasib Felda Terus Lesu
WAKTU ini, waktu getir buat warga peneroka Felda. Sebarang tindakan tidak bijak dari pihak pengurusan dan kerajaan pastinya akan dihitung kira oleh kami semua warga generasi Felda.
Kita tidak melupai isu teras kepada permasalahan kami. Transformasi yang dibawa oleh kerajaan terdahulu benar-benar hampir menghancurkan Felda. Lalu perubahan ditagih PRU14 yang lalu bagi mencari sinar agar Felda dapat diselamatkan.
Selepas lapan bulan Kerajaan Pakatan Harapan masih gagal membuka jajaran pemulihan secara holistik kepada permasalahan besar ini. Isu pokok langsung tidak disentuh bahkan lebih parah.
Pengurusan urus tadbir ladang yang kacau bilau, mekanisma pengurusan hutang yang tidak perpaksi kepada amalan perakaunan korporat yang sebenar, pelan pemasaran yang kabur, janji-janji sewaktu kempen dikhianati dan tindak tanduk DAP cuba menguasai FGV dan Felda menyerlahkan lagi agenda luar meresapi Felda.
Penguasaan haraki pengurusan sudah tidak diamalkan, mengambil jalan pintas memperkukuhkan aliran tunai dengan melepaskan aset-aset menjadi hartanah satu langkah tergesa-gesa.
Konsep Felda Holding yang terbukti memacu Felda sehingga menjadi konglomerat perladangan disegani dunia kini diabaikan. Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang menjadi kebanggaan warga Felda terus lesu disisih keluar. FGV yang ditantang bagai minyak penuh pula terus menjadi liabiliti kepada Felda. Saham entah ke mana dan tidak lagi dibincangkan.
Warga Felda kata, teruk-teruk dulu tak pernah Felda tidak bayar hasil mereka. Sekarang 3 bulan tertangguh sudah menjadi biasa. Unjuran harga BTS juga terus merudum tanpa ada kelibat cadangan kearah mencari tapak harga yang stabil.
Indusrtri huluan dan hiliran terus meruyup sepi tanpa ada perangcangkan teliti. Masa depan tidak dibayangi dengan kecemerlangan sebelumnya. Langkah berjimat mula diperkenalkan, kilang-kilang yang tidak memberi keuntungan sudah dihentikan operasi. Kenapa semua ini berlaku?
Harapan anak-anak generasi Felda memiliki kediaman sendiri semakin kabur kerana banyak projek perumahan yang sakit zaman kerajaan terdahulu dibiarkan terus menjadi semak. Projek baru langsung tidak diwujudkan bahkan yang telah lulus dibatalkan.
Apa lagi yang ada? Jika aset-aset penting dilupuskan. Tanah sendiripun kini dijual sebahagianya. Aliran tunai terus mengecut, permasahan lama tidak selesai, projek baru tiada, masalah baru semakin melebar, penguasaan politik parti Dap pula meresap masuk dalam agensi FGV dan Felda, apa lagi harapan warga Felda kepada kerajaan Pakatan Harapan?
Catatan NARAZA MUDA
Felda Jerangau Terengganu
29 Januari 2019 - HARAKAHDAILY 29/1/2019
Felda Jerangau Terengganu
29 Januari 2019 - HARAKAHDAILY 29/1/2019
Sobat baru saja selesai membaca :
Era PH- Nasib Felda Terus Lesu
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Era PH- Nasib Felda Terus Lesu dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Era PH- Nasib Felda Terus Lesu link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/era-ph-nasib-felda-terus-lesu.html