Judul : Bentuk K'sama PAS-BN Ditentukan Dalam Menghadapi PRK Semenyeh..
link : Bentuk K'sama PAS-BN Ditentukan Dalam Menghadapi PRK Semenyeh..
Bentuk K'sama PAS-BN Ditentukan Dalam Menghadapi PRK Semenyeh..
Keputusan PRK Cameron Highlands tentukan bentuk kerjasama Pas dengan BN.
KUALA TERENGGANU: Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands akan menjadi kayu pengukur bentuk kerjasama yang akan terjalin antara PAS dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRK Semenyih.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan bentuk kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak, namun akan mengkaji keberkesanan kerjasama itu selepas melihat keputusan PRK Cameron Highlands.
"Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama antara PAS dan BN...ia sangat positif dan yang mana negatif kita tidak akan ulang...sama ada akan teruskan kerjasama dengan BN akan kita lihat menerusi PRK Cameron Highlands nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Simposium Seni dan Hiburan Menurut Islam di Dewan Teater, Perpustakaan Awam Kuala Terengganu, di sini hari ini.
PRK Semenyih akan diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lepas.
PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.
Hubungan PAS dan BN dilihat semakin erat di PRK Cameron Highlands apabila pucuk pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkempen membantu calon BN, Ramli Mohd Nor berbanding dalam PRK di Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini hanya tertumpu kepada program bersama sahaja.
-- BERNAMA
Lihat..
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata setakat ini beliau berpuas hati dengan bentuk kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak, namun akan mengkaji keberkesanan kerjasama itu selepas melihat keputusan PRK Cameron Highlands.
"Setakat ini kita berpuas hati dengan kerjasama antara PAS dan BN...ia sangat positif dan yang mana negatif kita tidak akan ulang...sama ada akan teruskan kerjasama dengan BN akan kita lihat menerusi PRK Cameron Highlands nanti," katanya.
PRK Semenyih akan diadakan berikutan kekosongan kerusi selepas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan itu, Bakhtiar Mohd Nor pada 11 Jan lepas.
PRK Semenyih adalah yang keempat diadakan di Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-14. Sebelum ini, Selangor sudah mengadakan tiga PRK iaitu di DUN Sungai Kandis, Seri Setia dan Balakong.
Hubungan PAS dan BN dilihat semakin erat di PRK Cameron Highlands apabila pucuk pimpinan PAS termasuk Abdul Hadi dan Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut berkempen membantu calon BN, Ramli Mohd Nor berbanding dalam PRK di Sungai Kandis dan Seri Setia sebelum ini hanya tertumpu kepada program bersama sahaja.
-- BERNAMA
Lihat..
Sobat baru saja selesai membaca :
Bentuk K'sama PAS-BN Ditentukan Dalam Menghadapi PRK Semenyeh..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bentuk K'sama PAS-BN Ditentukan Dalam Menghadapi PRK Semenyeh.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bentuk K'sama PAS-BN Ditentukan Dalam Menghadapi PRK Semenyeh.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2019/01/bentuk-ksama-pas-bn-ditentukan-dalam.html