Judul : Survival Pekerja Loji Air Di Sabah Perlu Dibela.
link : Survival Pekerja Loji Air Di Sabah Perlu Dibela.
Survival Pekerja Loji Air Di Sabah Perlu Dibela.
BERIKUTAN penamatan kontrak enam syarikat yang mengendalikan 58 Loji Rawatan Air (LRA) di seluruh Sabah baru-baru ini, lebih kurang seramai 1,335 orang pekerja telah terjejas dan terdapat ura-ura mengatakan mereka bakal diserap dengan menggunakan skim pekerja sambilan harian (PSH).
Secara asasnya, kita bersetuju langkah Kerajaan Negeri melakukan penjimatan dalam mengendalikan pengurusan loji tersebut yang disebutkan memakan kos yang tinggi sebanyak RM15 juta sebulan dan menjimatkan kira-kira RM186 juta setahun.
MOHD. YAKUB MAKEE 65, masih menggunakan air perigi yang dibinaya sejak tahun 1983 sehingga kini.Menurut beliau lagi,air perigi ini lah menjadi sumber minum mereka dan untuk kegunaan harian mereka sekeluarga selama 30 tahun.Tinjauan Utusan mendapati,rata-rata penduduk kampung di sini kebanyakannya menggunakan air perigi.Malah ada sebahagian daripada penduduk tempatan terpaksa meredah hutan sejauh 2 kilometer untuk mendapatkan sumber bekalan air iaitu air sungai untuk kegunaan mereka di Kg Sungai Intan. - UTUSAN/IRWAN MAJID
Namun, Pemuda PAS melihat jika skim pekerja sambilan harian (PSH) dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri terhadap pekerja yang diserap itu, maka ia dijangka memberi kesan lain kepada pekerja tersebut dari segi kadar pembayaran elaun yang hanya setaraf kerja-kerja am, jaminan perlindungan keselamatan di tempat kerja sedangkan mereka merupakan anak tempatan mempunyai kemahiran tinggi dan bekerja di lokasi yang berisiko di loji-loji.
Justeru, Pemuda PAS mencadangkan agar skim PSH ini digantikan dengan alternatif yang lebih menjamin masa hadapan yang selesa kepada pekerja yang terlibat seperti lantikan kontrak untuk suatu tempoh masa tertentu yang sesuai atau lantikan secara tetap sebagai penjawat awam dengan penawaran posisi mengikut kelayakan melalui proses temu duga.
Sebagai entiti yang melihat akan survival kepentingan Bumiputera Sabah, Pemuda PAS mendesak agar Kerajaan Negeri dapat melihat perkara ini secara wajar sebelum melaksanakan skim PSH kepada para pekerja yang terbabit dan memberikan suatu jaminan survivalpekerjaan yang lebih baik untuk rakyat Sabah sendiri seperti yang dicanangkan-canangkan sebelum daripada ini.
"Terus Mara"
ZULZAIM HILMEE ABIDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 29/12/2018
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah - HARAKAHDAILY 29/12/2018
Sobat baru saja selesai membaca :
Survival Pekerja Loji Air Di Sabah Perlu Dibela.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Survival Pekerja Loji Air Di Sabah Perlu Dibela. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Survival Pekerja Loji Air Di Sabah Perlu Dibela. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/survival-pekerja-loji-air-di-sabah.html