S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya..

S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya..
link : S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya..

Baca juga


S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya..

Siti Nurhaliza jawab dakwaan pakai busana ciplak
REKAAN Rizman Ruzaini yang membaluti tubuh Siti Nurhaliza didakwa menyamai fesyen rekaan pereka antarabangsa, Ziad Nakad.
HALAMAN HIBURAN

BUSANA yang disarungkan oleh penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pada majlis Nona Superwoman Award 2018 baru-baru ini mencuri perhatian ramai. Fesyen rekaaan pereka terkenal Rizman Ruzaini itu menjadi bualan netizen kerana ciptaan itu sangat mewah dan bersesuaian dengan imej dan reputasi Siti Nurhaliza.

Namun begitu, sebuah akaun Instagram yang sering bercerita mengenai topik fesyen, @fash_observer memuat naik busana yang disarungkan oleh Siti dan membandingkannya dengan rekaan pereka fesyen antarabangsa kelahiran Lebanon, Ziad Nakad.

"Rizman Ruzaini 2018 vs Ziad Nakad 2017 #FashionPolice," tulis akaun tersebut di ruangan kapsyen.

Siti Nurhaliza, 39, yang mengikuti akaun Instagram turut meninggalkan respon di ruangan komen.


"Hahaha... Hebat mencari," tulis Siti Nurhaliza.

Membalas komen penyanyi lagu Anta Permana itu, pemilik akaun @fash_observer itu memuji penampilan Siti Nurhaliza dan mengucapkan tahniah kepadanya.

"@ctdk while looking stunning last night, congratulations untuk dua awards yang Datuk Seri terima. You deserve it. #SitiZoners," balas @fash_observer.

Namun begitu, terdapat seorang netizen yang meninggalkan komen dan menuduh jenama Rizman Ruzaini menciplak rekaan pereka fesyen lain.

"Cantik Datuk @ctdk. Dan tentu cantik rekaan @rizmanruzaini yang terkenal dengan design yang menciplak rekaan designer lain," tulisnya.

Seperti biasa, Siti Nurhaliza yang tidak pernah melatah atau marah-marah dengan dakwaan nakal menjawab tuduhan sedemikian dengan ayat yang sungguh berlapik bagi menjernihkan keadaan.

"Memang saya beri design ni rujukan untuk Rizman Ruzaini buat sesuaikan dengan imej bertudung saya," balas Siti Nurhaliza.


Sebelum ini, menerusi laporan Media Hiburan, Siti Nurhaliza, 39, mengakui beliau mengambil inspirasi rekaan gaun tersebut daripada pereka antarabangsa itu.

"Apabila ditunjukkan konsep atau teaser majlis untuk malam ini, hati saya kata ‘wow’ dan mengapa tidak untuk lakukan ‘extra persiapan’.
"Jadi saya ada terlihat satu rekaan dari pereka antarabangsa, lalu saya hantarkannya pada Rizman Ruzaini.
"Kata saya ‘mampu ke? Rizman Ruzaini kata ‘boleh’. Jadi itulah, Rizman pun reka mengikut caranya," kata Siti Nurhaliza lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang juga ibu kepada bayi comel Siti Aafiyah kini masih giat mempromosikan single Anta Permana selain baru sahaja dilantik menjadi duta periuk tahan lekat jenama Vantage. (AA)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nilai baikburuknya pakaian dalam Islam, hanyalah pakaian menutup aurat. Tidak...  'berpakaian tetapi telanjang'.


Sobat baru saja selesai membaca :

S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: S/Nurhaliza Pakai Busana Ciplak? Ini Jawabnya.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/snurhaliza-pakai-busana-ciplak-ini.html

Subscribe to receive free email updates: