Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam?

Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam?
link : Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam?

Baca juga


Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam?

Tun Mahathir

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang semakin menjadi suatu perkara biasa dalam kalangan masyarakat sehingga sanggup mengetepikan kesannya terhadap bangsa dan negara.
Gejala itu yang disifatkan beliau sebagai '’memperasuahan'’, yang bermakna perbuatan menyemai sifat buruk dalam masyarakat sehingga menjadi sebahagian dari budayanya.
"Saya tidak tahu sama ada “memperasuahan” adalah satu perkataan dalam Bahasa Melayu. Tetapi sama ada perkataan ini ada atau tidak, perbuatan memperasuahan memang kerap dilakukan dalam masyarakat manusia.
Masyarakat yang terima budaya ini, tidak lagi berasa segan atau malu dengan pemberian dan penerimaan  rasuah, yang kadang-kadang disebut sebagai “tumbuk rusuk” atau “makan suap”, katanya  dalam catatan terbaharu di blognya www.chedet.com, malam ini.
Katanya biasanya masyarakat menganggap rasuah sebagai satu amalan yang keji dan buruk, tetapi mereka yang mengamal perbuatan itu akan menyembunyi perbuatan mereka kerana sedar yang ianya adalah sesuatu amalan yang salah di sisi undang-undang dan agama.
Bagaimanapun apabila amalan rasuah diterima masyarakat sebagai perkara biasa yang boleh diamal secara terbuka, maka tidak lagi ada perasaan segan silu apabila melakukannya, baik oleh pemberi atau penerima.
Di zaman pemerintahan yang percaya “cash is king” atau “wang adalah raja” maka pemberian dan penerimaan rasuah menjadi satu daripada  nilai hidup dan budaya, terutama dalam kalangan orang Melayu, katanya.
"Apa sahaja sanggup dibuat jika disogok dengan wang atau pemberian yang diminati. Soal baik buruk sesuatu yang diberi atau diarah tidak termasuk dalam pertimbangan.
Percanggahan dengan undang-undang, bahkan berdosa dari segi agama tidak diambil kira. Yang diutamakan ialah pendapatan yang memuaskan nafsu,”katanya.
Kata Dr Mahathir masyarakat sedia maklum bahawa sogokan dianggap sebagai perbuatan yang tidak baik dan dilarang, namun penerima tidak berfikir panjang.
"Baik, tidak baik...tetapi sogokan memuaskan nafsu dan dipercayai menguntungkan. Oleh itu terima sahajalah. Kesan buruk terhadap masyarakat adalah perkara remeh.
Sudah tentu perasaan kebangsaan dan kesan terhadap bangsa dan negara tidak lebih utama dari nafsu penerima rasuah,” katanya. - Bernama

Komen Weblog Ibnu HasyimPM hari ini melahirkan kebimbangan berhubung amalan rasuah yang semakin menjadi suatu perkara biasa dalam kalangan masyarakat sehingga sanggup mengetepikan kesannya terhadap bangsa dan negara.
Kita juga bimbang takut, kenyataan PM itu seperti kat periuk belanga hitam. Kerana lihat tulisan saya ini dulu..


Bagaimana Nak Hapus Rasuah, Makna Rasuah Pun Tak ...


www.ibnuhasyim.com/2009/03/bagaimana-nak-hapus-rasuah-makna-rasuah.html
20 Mac 2009 - Bagaimana hendak menghapuskan rasuah hingga ke akar umbi? ... ianya tidakakan selesai, kalau takrifnya pun masih belum lengkap lagi.




Sobat baru saja selesai membaca :

Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Rasuah, Mengapa Tun M Bmbang.. Kata Periuk Belanga Hitam? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/rasuah-mengapa-tun-m-bmbang-kata-periuk.html

Subscribe to receive free email updates: