Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana?

Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana?
link : Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana?

Baca juga


Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana?

Hasil carian imej untuk hukuman dera' yang melarang ibu bapa memukul anak
Ibu Bapa dan keluarga Malaysia Ditahan Di Sweden Kerana 'Mendera' Anak?
PARIS - PERANCIS. Parlimen Perancis melulusan rang undang-undang mengenai 'hukuman dera' yang melarang ibu bapa memukul anak mereka.

Ia memperoleh 51 undi sokongan manakala satu menolak ketika proses pengundian pada awal pagi tadi selepas perbahasan pada lewat malam. Ia bagaimanapun perlu dikemukakan kepada Senat untuk diluluskan.

Difahamkan, matlamat utama undang-undang itu adalah untuk mendidik dan mengubah pandangan masyarakat tentang isu tersebut memandangkan 85 peratus ibu bapa di negara terbabit menggunakan hukuman seumpama itu - BBC

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dalam Islam boleh, pukul untuk mendidik.. Tapi bagaimana?

Islam membenarkan tindakan memukul dalam mendidik anak-anak. Namun begitu, ia tidak bermakna ibu bapa mempunyai kebebasan mutlak untuk memukul anak-anak mereka. Mereka terikat dengan peraturan Allah, Tuhan yang menjadikan anak-anak dan juga ibu bapa. Anak-anak hanya boleh dipukul dengan syarat-syarat yang dibenarkan oleh agama berlandaskan al-Quran, sunnah dan juga pandangan para ilmuan Islam.


1. Anak Berumur 10 Tahun Ke Atas.
Anak yang belum berumur 10 tahun, tidak wajar dirotan atau disebat. Namun hukuman yang lebih ringan boleh dilakukan mengikut tahap pemikiran anak itu. Tahap umur ini berdasarkan hadith Rasulullah saw yang hanya membenarkan anak berumur 10 tahun dipukul dalam kesalahan mengabaikan solat. Kesalahan ini amat besar dalam Islam, maka amat tidak wajar ibu bapa memukul atas kesalahan lain yang lebih kecil.

2. Kesalahan yang dilakukan biarlah setimpal dengan hukuman.

Kesalahan yang kecil perlu dibetulkan dengan teguran dan nasihat berterusan. Memukul hanya untuk kesalahan besar seperti meninggalkan solat. Kayu ukur yang digunakan bagi menilai besar atau kecilnya kesalahan itu perlulah kayu ukur agama, bukan kayu ukur dunia. Ukurannya bukan nilai kerugianyang ditanggung akibat kesalahan, namun nilai kemurkaan Allah atas sesuatu kesalahan.

3. Anak telah tahu bahawa apa yang dilakukan itu salah.

Ibu bapa tidak layak menghukum anak, jika mereka tidak mendahuluinya dengan mendidik. Ibu bapa wajib memastikan anak mendapat didikan, sama ada melalui didikan di rumah atau di sekolah. Mendidik anak bukan semata-mata dengan menghantarnya ke sekolah. Apa yang lebih penting ibu bapa menunjukkan contoh yang baik dan sentiasa memantau akhlak dan ilmu anak-anak. Jika anak-anak jahil, bapa dan ibulah yang perlu dipertanggungjawab terlebih dahulu.

4. Tidak memukul dalam keadaan marah.

Jika anda sedang marah, tangguhkan dahulu niat untuk memukul anak itu. Anda boleh meredakannya dengan berwuduk dan beristighfar.

5. Alat memukul yang wajar.

Alat memukul biarlah tidak terlalu menyakitkan. Janganlah sampai berlaku kecederaan atau luka. Syaikh Syhamsudin Al-Inbab memberikan pandangannya bahawa alat yang boleh digunakan untuk memukul anak haruslah:
  • Ukurannya sederhana, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.
  • Rotan tidak terlalu baharu dan basah sebab ia berat dan dapat melukai
  • Boleh juga menggunakan alat lain seperti pakaian, ranting dan seumpamanya
Apa yang penting di sini ialah pukulan bukan untuk menyakitkan tetapi untuk mendidik. Lebih baik jika ibu bapa sendiri mengetahui tahap mana kesakitan apabila memukul anak menggunakan alat berkenaan. Caranya ialah dengan memukul diri sendiri menggunakan alat tersebut. Jika ibu bapa berasa sakit, tentulah anak yang masih kecil dan lemah itu berasa lebih sakit. Dengan cara ini, ibu bapa tentu lebih terkawal apabila menghukum anak-anak.

6. Tidak melaksanakan hukuman di hadapan anak-anak lain.
Antara panduan yang diberikan oleh para ilmuah ialah saranan agar ibu bapa tidak menghukum anak mereka di hadapan adik beradik lain. Lebih-lebih lagi hukuman itu dikenakan ke atas anak yang lebih tua. Langkah ini diambil bagi mengelakkan beberapa kesan negatif, antaranya untuk tidak menjatuhkan air muka seorang kakak atau abang di hadapan adik-adiknya, bagi mengelakkan risiko dendam dan persaingan tidak sihat dan sebagainya.
7. Memberitahu kepada anak sebab hukuman sejurus sebelum pukulan dilakukan.
Sebelum pukulan dilakukan, bapa atau ibu patut duduk dan memanggil anak untuk bertemu secara berhadapan dan memberitahu kepadanya bahawa dia telah melakukan kesalahan besar dan perlu dihukum. Jelaskan bahawa hukuman ini adalah untuk menjadikan dia lebih berhati-hati, beringat dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Ulangi pernyataan sayang kepada anak anda.
8. Bilangan pukulan.
Tidak ada dalil yang nyata tentang had bilangan pukulan yang dibolehkan. Namun hakikatnya sekali pukulan sudah memadai untuk mencapai maksud mendidik. Mungkin pukulan 2 atau 3 kali boleh dilakukan bagi anak yang mengulangi kesalahan sama, atau jika kesalahan itu terlalu serius. Namun jika lebih dari itu dirasakan berlebihan, walaupun ada pendapat yang membolehkan pukulan tidak lebih daripada 10 kali.
Sebenarnya perkara yang utama ialah bukannya kuantiti pukulan, tetapi nilai emosi di sebalik pukulan itu. Oleh yang demikian, amat tidak wajar jika anak yang bersalah itu dipukul berkali-kali tanpa ehsan dan rasa kasihan. Pukulan begini bukan sahaja zalim, bahkan tidak menimbulkan keinsafan yang tulus di hati anak-anak.
9. Kekuatan pukulan.
Memukul anak tidak wajar terlalu keras. 

  • Pertamanya anak-anak itu masih kecil dan lemah. Tubuh badan mereka masih belum mampu menanggung pukulan yang kuat seperti orang dewasa.
  • Keduanya, pukulan ini adalah untuk mendidik, bukan menyakitkan. Maka, pukulan yang sederhana sudah memadai.
  • Ketiga, nilai pengajaran dalam pukulan bukan terletak pada tahap kesakitan akibat pukulan itu, tetapi terletak pada berapa dalamnya perasaan insaf akan kesalahan yang dilakukan. Keinsafan ini boleh diperdalam dengan nasihat dan curahan perasaan ibu bapa sebelum dan selepas hukuman dilakukan.
  • Keempat, jika anak terbiasa dengan hukuman yang menyakitkan, mereka akan menjadi kebal dengan hukuman seumpama itu pada masa akan datang. Akibatnya sebarang pukulan tidak akan membawa erti lagi.
  • Kelima, lagikan hukuman bagi kesalahan hudud tidak boleh terlalu kuat, maka dalam kes ini amat tidak wajar hukuman anak dilakukan lebih keras daripada hukuman hudud. Dalam mengendalikan hukuman hudud, Sayyidina Umar Al-Khattab pernah berkata, “Jangan kamu angkat ketiakmu.” Maksudnya jangan merotan hingga sepenuh tenaga dan mengangkat tangan sehingga kelihatan ketiak. Maka dalam merotan anak syaratnya tentu perlu lebih ketat.
10. Anggota badan yang boleh dipukul.
Tempat yang wajar ialah kaki dan tangan. Dalam riwayat Abu Daud, Rasulullah saw bersabda, “jika salah seorang di antara kamu memukul, maka waspadalah bahagian wajah.” Maka memukul wajah serta kepala; termasuk pukulan dengan tangan seperti menampar atau menumbuk tidak diizinkan.
Dari konteks perubatan, pukulan pada muka berbahaya kerana di situ terdapat banyak saraf yang sensitif. Memukul di bahagian kepala pula boleh melemahkan atau merosakkan otak.
11. Berhenti memukul bila anak menyebut nama Allah.
Imam Tarmizi meriwayatkan dari Said Al-Khudri bahawa Rasulullah saw bersabda, “jika salah seorang daripada kamu memukul pelayannya lalu dia menyebut nama Allah, maka hendaklah dia mengangkat kedua tangannya (berhenti memukul).” Para ulama berhujah bahawa hadith ini melarang ibu bapa daripada terus memukul anak yang menyebut nama Allah.

Demikianlah beberapa syarat kepada kebenaran untuk memukul anak-anak. Islam membenarkan pukulan sebagai jalan terakhir dalam usaha mendidik anak-anak. 

(Sila rujuk artikel ditulis oleh Ustazah Ros Izanuri bt Jamaluddin dan merupakan huraian daripada buku “Pendidikan Anak Menurut Islam” oleh Abdullah Nasih Ulwan)


Sobat baru saja selesai membaca :

Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Perancis Larang Pukul Anak.. Islam Boleh, Bagaimana? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/perancis-larang-pukul-anak-islam-boleh.html

Subscribe to receive free email updates: