Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan..

Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan..
link : Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan..

Baca juga


Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan..


HALAMAN HIBURAN

Terdahulu pelakon Datuk Farid Kamil pernah didakwa menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara. Bagaimanapun, pelakon ini mengakui tidak bersalah di Mahkamah Majistret terhadap pengambilan dadah.
Inspektor Mohd Faizal tampil sebagai saksi pertama pendakwaan tersebut bermula proses ujian awal saringan air kencing dilakukan Datuk Farid Kamil.

Keputusan awal ujian saringan air kencing

Inspektor Mohd Faizal Abdullah sebagai saksi pertama tampil memaklumkan di Mahkamah Majistret dan mengakui keputusan awal ujian saringan air kencing Datuk Farid Kamil adalah positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.
Pada 11 Januari lalu, pelakon ini juga didakwa menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam di Balai Polis Trafik Kota Damansara.
Menurut Inspektor Mohd Faizal, pada jam 3.45 petang dia telah menerima laporan terhadap tangkapan seorang lelaki Melayu bernama Farid Kamil Zahari yang dibuat seorang anggota polis trafik, Koperal Mohd Nizam Jamaluddin.
Tangkapan itu dibuat terhadap Farid yang membuat kecoh dan kekacauan di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara dan saya diberi arahan untuk melakukan ujian saringan awal air kencing terhadap tertuduh.
Saya menjalankan ujian saringan air kencing terhadap tertuduh bagi memastikan sama ada tertuduh mengambil sebarang dadah ataupun tidak.

Dia ke tandas untuk mengeluarkan sampel

Inspektor Mohd Faizal menceritakan semula proses saringan air kencing terhadap Datuk Farid Kamil pada hari kejadian.
Sebaik tiba di sana, saya berjumpa dengan penyelia di sana, iaitu Sarjan Farid dan Lans Koperal Afifi sebelum Sarjan Farid mengambil 10 paket plastik yang setiap satunya mengandungi satu botol kosong bagi menjalani ujian air kencing dan di dalam setiap satunya pula mengandungi label serta nombor siri dan pelekat berwarna biru.
Kemudian, Sarjan Farid juga meletakkan lima strip ujian air kencing bagi menguji lima dadah, iaitu Methamphetamine (syabu), Amphetamine, Ketamin, Morfin dan THC (ganja).
Tambah Inspektor Mohd Faizal lagi, kesemua botol masih dalam keadaan belum dibuka dan terdapat nombor siri bagi setiap paket itu. Mohd Faizal berkata tertuduh telah memilih satu botol bernombor siri 1186302 sebelum meminta Datuk Farid Kamil ke tandas untuk mengeluarkan sampel air kencing.

Satu garisan merah pada strip

Selepas memperoleh sampel air kencing Farid di dalam botol itu, ujian dilakukan pada lima strip berkenaan dengan mencelup strip satu persatu tidak lebih 10 saat dan meletakkan di atas penutup botol urin.
Hasil ujian saringan awal itu mendapati, terdapat satu garisan merah pada strip THC yang bermaksud positif dadah jenis ganja THC.
Bagaimanapun, Datuk Farid Kamil telah menandatangani borang akuan pemberi yang menunjukkan dirinya berpuas hati terhadap prosedur pungutan air kencing.
Sumber: BH Online 


Sobat baru saja selesai membaca :

Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Pelakon Datuk Farid Kamil, Positif Dadah Ketika Ditahan.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/pelakon-datuk-farid-kamil-positif-dadah.html

Subscribe to receive free email updates: