Judul : Lucut Jawatan Menteri PH Ini, Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib?
link : Lucut Jawatan Menteri PH Ini, Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib?
Lucut Jawatan Menteri PH Ini, Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib?
Petisyen lucut jawatan Waytha Moorty peroleh 199,046 tandatangan.
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Petisyen menuntut perlucutan jawatan P. Waytha Moorty sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Senator memperoleh 199,046 tandatangan setakat pukul 11.30 pagi tadi.
Petisyen tersebut dilancarkan pada 17 November lalu oleh Gerakan Pengundi Sedar (GPS) menerusi tandatangan atas talian Change.Org.
Waytha Moorthy menjadi tumpuan apabila video wawancara beliau dengan televisyen luar negara mendakwa Malaysia melakukan pelanggaran hak asasi manusia termasuk mendiskriminasi hak kaum India menjadi tular di media sosial.
Dalam wawancara itu, Waytha Moorthy mendakwa kononnya masyarakat India di Malaysia didiskriminasi di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN).
Video wawancara itu didakwa dibuat selepas demonstrasi Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (HINDRAF) pada November 2007 di mana ratusan penunjuk perasaan ditahan.
Waytha Moorthy juga menjadi tumpuan kerana merupakan menteri bertanggungjawab meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang telah menimbulkan polemik dan mendapat tentangan oleh pelbagai pihak.
Sejak semalam, desakan supaya Wayhta Moorthy meletak jawatan semakin tinggi dalam kalangan warganet selepas Muhammad Adib Mohd. Kassim, anggota bomba yang menjadi mangsa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman dekat sini meninggal dunia semalam.
Ramai berpendapat, Waytha Moorthy sebagai menteri bertanggungjawab kepada perpaduan nasional gagal membantu meredakan keadaan rusuhan pada waktu itu.
– UTUSAN ONLINE
– UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Lucut Jawatan Menteri PH Ini, Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lucut Jawatan Menteri PH Ini, Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Lucut Jawatan Menteri PH Ini, Kerana Kaitan Kematian Muhammad Adib? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/lucut-jawatan-menteri-ph-ini-kerana.html