Judul : Ketua Pegawai Operasi TH Ditahan SPRM
link : Ketua Pegawai Operasi TH Ditahan SPRM
Ketua Pegawai Operasi TH Ditahan SPRM
KUALA LUMPUR 19 Dis - Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani dipercayai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.
Memetik laporan akhbar The Star, Adi Azuan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi ini bagi mendapatkan reman.
Akhbar berbahasa Inggeris ini mendedahkan, Adi Azuan ditahan susulan siasatan SPRM berhubung dengan penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di kediamannya.
TH pada 30 November lalu telah membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan wang dana jemaah haji dan untuk salah nyata dalam perjanjian korporat.
Laporan terbabit dibuat terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.
Selain mereka, turut dinamakan dalam laporan ialah Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md. Ariff.
Dalam pada itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Azam Baki gagal dihubungi.- UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Ketua Pegawai Operasi TH Ditahan SPRM
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ketua Pegawai Operasi TH Ditahan SPRM dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ketua Pegawai Operasi TH Ditahan SPRM link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/ketua-pegawai-operasi-th-ditahan-sprm.html