Judul : Bersaing e-hailing, Teksi Hampir Jatuh Miskin..
link : Bersaing e-hailing, Teksi Hampir Jatuh Miskin..
Bersaing e-hailing, Teksi Hampir Jatuh Miskin..
SEBAHAGIAN daripada pemandu teksi mengadakan bantahan aman mendesak Kerajaan Pakatan Harapan (PH) membela nasib mereka yang tertekan dengan perkhidmatan e-hailing di Butterworth, Pulau Pinang, hari ini. - UTUSAN ONLINE
BUTTERWORTH 19 Dis. - Hampir jatuh miskin.
Itu yang dirasai pemandu-pemandu teksi di kawasan ini sejak terpaksa bersaing dengan pemandu e-hailing bermula kira-kira tiga tahun lalu.
Malah, ada yang terpaksa pulang tangan kosong tanpa pelanggan meskipun mula bekerja seawal pagi dan bagi kebanyakan pemandu teksi itu, pendapatan RM30 sehari sudah dianggap terlalu mewah buat mereka.
Seorang pemandu teksi, C. Supramaniam, 71, berkata, dia kini hanya mampu mendapat antara dua ke tiga pelanggan sehari dengan pendapatan sekitar RM30 hingga RM40.
Situasi itu, katanya, jauh berbeza sebelum kemunculan pemandu e-hailing yang mana dia boleh mendapat antara tujuh ke lapan penumpang dengan pendapatan mencecah RM100 sehari.
“Kadang-kadang saya terpaksa menunggu sehingga tujuh jam untuk mendapat penumpang, jadi bagaimana mahu meneruskan hidup dengan keadaan seperti ini,” katanya kepada pemberita di sini.
Supramaniam yang juga Setiausaha Persatuan Teksi dan Kereta Sewa Penang Sentral merupakan antara 100 pemandu teksi di sekitar Butterworth yang mengadakan demonstrasi aman mendesak campur tangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) di Padang Dato’ Haji Ahmad Badawi di sini.
Selain membawa pelbagai sepanduk, mereka turut memakai baju kuning yang tertera tulisan tanda pagar #reformasiteksi sebagai desakan supaya kerajaan menyamatarafkan perkhidmatan teksi dan e-hailing.
Menurut Supramaniam, pemandu teksi di negeri ini tidak takut untuk bersaing dengan perkhidmatan e-hailing, namun perlu dibuat dalam persekitaran adil, bukannya menekan mereka sehingga dipinggirkan.
Sebagai contoh, katanya, mereka menolak proses mendapatkan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) dalam kalangan pemandu e-hailing diberikan syarikat swasta sebaliknya perlu diletakkan di bawah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, katanya, pemandu teksi juga tidak bersetuju pengecualian pemeriksaan Puspakom diberikan kepada kereta e-hailing berusia tiga tahun ke bawah.
“Sebab itu, kita berharap kerajaan dapat mengadakan semula perjumpaan dengan pemandu teksi supaya dapat mewujudkan kesamarataan dalam industri ini sekali gus memastikan nasib kami terbela,” katanya. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Bersaing e-hailing, Teksi Hampir Jatuh Miskin..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bersaing e-hailing, Teksi Hampir Jatuh Miskin.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bersaing e-hailing, Teksi Hampir Jatuh Miskin.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/bersaing-e-hailing-teksi-hampir-jatuh.html