Judul : Bangunkan Hospital Patuh Syariah Pula, K'jaan Pusat PH Contohilah!
link : Bangunkan Hospital Patuh Syariah Pula, K'jaan Pusat PH Contohilah!
Bangunkan Hospital Patuh Syariah Pula, K'jaan Pusat PH Contohilah!
KOTA BHARU: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) dan Kumpulan SAKATA Sdn Bhd menandatangani perjanjian bagi cadangan pembangunan bersama Estet Sungai Bagan, Machang dalam usaha berterusan membawa kemajuan dan pembaharuan bersama di negeri ini.
Kerjasama diantara dua pihak tersebut melibatkan kos sebanyak RM6 ratus juta yang dibina di atas tanah berkeluasan 62 ekar yang terletak di Mukim Labok di Daerah Machang.
Perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) Kumpulan PKINK, Nik Kamil Amirah Nik Ab Rahman dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAKATA Sdn Bhd, Dato’ Aminuddin Hassan dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SAKATA Sdn Bhd, Nor Hasima Hassan disamping disaksikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob di Dewan Teratai, Kompleks Kota Darul Naim, di sini, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Ab Aziz Yunus berkata, projek pembangunan ini akan dibina sebuah hospital yang mempunyai 100 katil yang merupakan hospital patuh syariah kedua dibina di negeri ini selepas hospital wanita dan kanak-kanak An-Nisa’ (patuh syariah) yang juga kepunyaan milik Kumpulan PKINK.
Menurutnya, projek pembangunan ini merupakan konsep baharu yang dibawa ke negeri ini dan mampu menjadi mercu tanda baharu dalam masa sama menjadi contoh kepada projek pembangunan yang lain.
“Projek ini akan dibangunkan di Machang kerana kedudukannya yang strategik dan mampu untuk memberi manfaat kepada rakyat di Jajahan-jajahan sekitarnya.
“Ini sekali gus akan mewujudkan prasarana kondusif dan komprehensif serta memberikan nilai tambah kepada sektor perubatan dan rakyat kerana ianya sesuai dengan kemampuan semua kategori rakyat di negeri ini,” katanya.
Yang turut hadir, Exco-exco kerajaan negeri Kelantan, Pengurusan Kumpulan PKINK dan Pengurusan Kumpulan SAKATA Sdn Bhd.
Antara komponen projek fasa 1 yang akan dibangunkan di atas tanah tersebut adalah hospital patuh syariah, rumah pesara (retirement homes), rumah kediaman dan bangunan komersial.
Dalam perkembangan berkaitan, Infra Quest Sdn Bhd (IQSB) dan Ascii Line Sdn Bhd (ALSB) menyumbang RM2 juta kepada kerajaan negeri sebagai sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Kumpulan PKINK kepada kerajaan negeri Kelantan. – PKINK 19/12/2018
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan Persekutun PH, belajar-belajarlah dari Kelantan. Buang sifat ego itu.
Sobat baru saja selesai membaca :
Bangunkan Hospital Patuh Syariah Pula, K'jaan Pusat PH Contohilah!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Bangunkan Hospital Patuh Syariah Pula, K'jaan Pusat PH Contohilah! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Bangunkan Hospital Patuh Syariah Pula, K'jaan Pusat PH Contohilah! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/bangunkan-hospital-patuh-syariah-pula.html