Judul : Apa Motif Suhakam Pilih Hari Sama #DaulatHimpunan812? - Ku Syafiq Ku Fozi
link : Apa Motif Suhakam Pilih Hari Sama #DaulatHimpunan812? - Ku Syafiq Ku Fozi
Apa Motif Suhakam Pilih Hari Sama #DaulatHimpunan812? - Ku Syafiq Ku Fozi
TIADA angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja kita dengar tentang Sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada 8 Disember ini.
Bukanlah ia tidak disambut sebelum ini, tetapi tidaklah sebegini riuh dan kebiasaannya dibuat di tempat tertutup. Cuma kali ini, entah apa semangat yang meresap dalam jiwa Suhakam sehingga memutuskan sambutan secara terbuka di Padang Timur, Petaling Jaya.
Motif Suhakam perlu dipersoalkan kerana pada hari yang sama, perhimpunan besar-besaran #DaulatHimpunan812 juga turut diadakan di Dataran Merdeka.
Mengapa sambutan Hari Hak Asasi Manusia yang sepatutnya dianjurkan pada 10 Disember diawalkan dan formatnya juga berubah, dari kawasan tertutup kepada perhimpunan terbuka? Yang dirisaukan, keadaan dua perhimpunan dilaksanakan serentak itu akan memburukkan imej negara.
Kita bukan tidak tahu pendirian Suhakam yang kecewa dengan keputusan kerajaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Adakah ini satu bentuk protes oleh Suhakam terhadap keputusan kerajaan atau satu provokasi terhadap penganjuran #DaulatHimpunan812?
Dalam era Malaysia Baharu, rakyat perlu bebas menyuarakan pendapat dan menzahirkan perasaan. Itu yang ingin dilakukan oleh penganjur dan para peserta perhimpunan #DaulatHimpunan812.
Kita tidak perlukan satu lagi perhimpunan serentak yang hanya memaparkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
Sebaiknya Suhakam beralah dan beri laluan kepada perhimpunan #DaulatHimpunan812 yang lebih besar. Tiada salahnya kerana perhimpunan #DaulatHimpunan812 juga mahu menegakkan hak asasi manusia, malah lebih baik kerana ia hak asasi manusia mengikut acuan Malaysia. (Utusan)
Sobat baru saja selesai membaca :
Apa Motif Suhakam Pilih Hari Sama #DaulatHimpunan812? - Ku Syafiq Ku Fozi
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Apa Motif Suhakam Pilih Hari Sama #DaulatHimpunan812? - Ku Syafiq Ku Fozi dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Apa Motif Suhakam Pilih Hari Sama #DaulatHimpunan812? - Ku Syafiq Ku Fozi link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/apa-motif-suhakam-pilih-hari-sama.html