5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH?

5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: 5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : 5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH?
link : 5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH?

Baca juga


5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH?


Lima kilang tutup operasi sejak Mei hingga September 2018


KUALA LUMPUR, 3 Rabiulakhir 1440H, Selasa – Lima kilang yang mempunyai penyertaan pelabur asing menutup operasi sepenuhnya dalam tempoh Mei hingga September lalu, melibatkan pelaburan sebanyak RM308.7 juta, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming.
Seramai 362 pekerja tempatan turut diberhentikan berikutan penutupan operasi syarikat itu.
Beliau berkata, penutupan syarikat itu lebih kepada keputusan perniagaan dan bukan kerana faktor peralihan kerajaan.
“Antara faktor yang menyebabkan pelabur asing menarik keluar pelaburan mereka dari Malaysia termasuklah penguncupan ekonomi global, ketidaktentuan pasaran berikutan penurunan dalam permintaan dan jualan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN- Tanah Merah) yang ingin tahu mengenai jumlah pelabur asing yang menarik keluar pelaburan mereka di negara ini dan nilai yang terlibat.
Ong berkata, sebab lain penutupan operasi syarikat itu ialah peningkatan kos operasi dan ketiadaan permintaan terhadap produk.
Katanya, faktor itu menyebabkan pelabur terpaksa menstruktur semula syarikat dan strategi perniagaan mereka termasuk mengambil keputusan untuk menarik keluar pelaburan mereka di luar negara termasuk di Malaysia.
Ong berkata, pekerja tempatan yang diberhentikan telah ditawarkan pakej pampasan yang sewajarnya oleh syarikat itu yang turut bekerjasama dengan Persatuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan syarikat lain untuk menyediakan penempatan semula bagi pekerja yang akan diberhentikan.
Katanya, syarikat itu juga bekerjasama dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad bagi membantu pekerja yang akan diberhentikan untuk menyertai program latihan kemahiran yang sesuai melalui HRDF Outplacement Centre. – Bernama
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa khabar PH? Mana pakar ekonomi kamu yang hebat-hebat?


Sobat baru saja selesai membaca :

5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: 5 Kilang Tutup Libatkan RM308.7J. Mana Pakar Ekonomi PH? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/12/5-kilang-tutup-libatkan-rm3087j-mana.html

Subscribe to receive free email updates: