Judul : Sukan Wasilah Praktik Ajaran Agama
link : Sukan Wasilah Praktik Ajaran Agama
Sukan Wasilah Praktik Ajaran Agama
SUKAN
KOTA BHARU: Sebagai seorang Islam kita perlu menjadikan sukan sebagai wasilah bagi memastikan ajaran agama dipatuhi.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, menutup aurat wajib dipatuhi walaupun susah untuk dilaksanakan.
“Setidak-tidaknya kita kena berusaha ke arah itu dan bukannya menolak tanpa melihat asasnya kerana ada atlet luar negara juga mengenakan pakaian menutup aurat,” katanya di sini.
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan berkata, beliau tidak setuju langkah kerajaan Terengganu mengenakan syarat pakaian patuh syariah bagi atlet di negeri itu.
Menurutnya atlet di bawah kementerian akan terus dipertahankan demi menjaga kepentingan mereka.
Sebelum itu kerajaan PAS Terengganu memperkenalkan konsep pemakaian patuh syariah bermula tahun depan.
Anggota Exco kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah memberitahu hasrat kerajaan negeri melaksanakan dasar Islam dalam semua bidang termasuk sukan.
Wan Roslan juga berkata, di Kelantan sudah lama dikuatkuasa sukan menutup aurat termasuk melalui kejohanan bolasepak Liga Dun dan Awang Selamat (bina badan). – HARAKAHDAILY 28/11/2018
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sukan sebagai perantaraan atau wasilah untuk mempraktikkan ajaran Islam.. Sama dengan pemberitaan sukan bertujuan untuk berdakwah perkenalkan agama Islam. Itulah tugas weblog Ibnu Hasyim yang kadang-kadang puak taksub sekular tak faham-faham bila dikaitkan dengan 'berpakaian telanjang' atlet-atlet sukan.
Yang menentang pakaian atlet patuh syariat itu agama apa mereka? Kalau tidak boleh jadi 'garam' penyelamat ikan dari busuk, janganlah menjadi 'langau' memperbiakkan kebusukan itu ke sana kemari.
Sobat baru saja selesai membaca :
Sukan Wasilah Praktik Ajaran Agama
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sukan Wasilah Praktik Ajaran Agama dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sukan Wasilah Praktik Ajaran Agama link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/11/sukan-wasilah-praktik-ajaran-agama.html