Judul : Putusan Azmin Kekal T/P PKR. Alih Kuasa, Azmin PM Lepas Anwar?
link : Putusan Azmin Kekal T/P PKR. Alih Kuasa, Azmin PM Lepas Anwar?
Putusan Azmin Kekal T/P PKR. Alih Kuasa, Azmin PM Lepas Anwar?
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pertarungan sengit dan ganas bagi merebut jawatan Timbalan Presiden PKR akhirnya dimenangi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sekali gus membolehkan beliau buat pertama kali bergandingan dengan mentornya dan bakal Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengikut keputusan tidak rasmi, beliau mengumpul 66,458 undi daripada kesemua 14 negeri yang mengadakan pemilihan PKR sejak 22 September lalu sehingga semalam, mengatasi Rafizi Ramli yang mengumpul 61,845 undi, iaitu majoriti 4,613 undi.
Perbezaan undi dijangka berubah selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR membuat kiraan semula undi selain ditambah dengan keputusan pemilihan di Cabang Julau, Sarawak yang kontroversi ekoran dakwaan berlaku manipulasi untuk memberi kemenangan kepada Rafizi.
Utusan Malaysia bagaimanapun difahamkan keputusan Cabang Julau telah diperolehi, yang memihak kepada Rafizi dengan majoriti lebih 1,000 undi, tetapi gagal membantunya mengatasi Mohamed Azmin.
Kem Rafizi bagaimanapun masih mengharapkan keajaiban hasil kiraan semula undi dan keputusan rasmi pemilihan Cabang Julau, bagi membolehkan bekas Ahli Parlimen Pandan itu ‘merampas’ jawatan Timbalan Presiden.
Namun, berdasarkan trend hanya 20 peratus ahli di sesuatu Cabang yang turun mengundi, diramal sukar buat Rafizi untuk menerima majoriti lebih 4,000 undi di Julau kerana jumlah itu memerlukan lebih 30 peratus daripada 13,000 ahli PKR Cabang Julau turun mengundi serta syarat kesemua mereka memilih Rafizi.
Lebih malang buat kem Rafizi apabila kesemua jawatan utama iaitu Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) didominasi oleh orang Mohamed Azmin.
Sedikit kelegaan buat Rafizi adalah kemenangan Nurul Izzah Anwar sebagai Naib Presiden paling kanan, selain Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dan Ahli Parlimen Setiawangsa yang masih berada dalam senarai 20 ahli MPP.
Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan beberapa hari lagi, sebelum Kongres PKR diadakan dari 16 hingga 18 November ini di Shah Alam, Selangor.
Seperti diramalkan, Selangor menjadi penyumbang utama kemenangan Mohamed Azmin yang menerima 4,000 undi lebih tinggi berbanding Rafizi, manakala Perak memberi majoriti tertinggi kepada Rafizi.
Pemerhati politik melihat kemenangan Mohamed Azmin mungkin boleh memberi tekanan kepada Anwar ekoran persepsi liar kononnya Presiden PKR itu lebih selesa bersama Rafizi, selain tidak menolak kemungkinan peralihan kuasa yang lebih cepat untuk Mohamed Azmin menjadi Perdana Menteri selepas Anwar. (Utusan)
Sobat baru saja selesai membaca :
Putusan Azmin Kekal T/P PKR. Alih Kuasa, Azmin PM Lepas Anwar?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Putusan Azmin Kekal T/P PKR. Alih Kuasa, Azmin PM Lepas Anwar? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Putusan Azmin Kekal T/P PKR. Alih Kuasa, Azmin PM Lepas Anwar? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/11/putusan-azmin-kekal-tp-pkr-alih-kuasa.html