Judul : PAS Tetap Teruskan Bantahan ICERD 8 Disember Ini, Walaupun..
link : PAS Tetap Teruskan Bantahan ICERD 8 Disember Ini, Walaupun..
PAS Tetap Teruskan Bantahan ICERD 8 Disember Ini, Walaupun..
MOHD. AMAR NIK ABDULLAH
KOTA BHARU 21 Nov. - Pas akan tetap meneruskan perhimpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Kuala Lumpur pada 8 Disember ini walaupun kerajaan menunjukkan tanda-tanda untuk tidak meratifikasikan konvensyen tersebut.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya mendapati kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh kerajaan khususnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memberi jaminan bahawa ICERD tidak akan diratifikasikan.
Beliau berkata, sepatutnya kerajaan telah mengeluarkan kenyataan yang tegas dan rasmi bahawa tidak akan menandatangani konvensyen tersebut apabila mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.
“Cuma Perdana Menteri kata sukar untuk dilaksanakan tetapi tidak ada satu kenyataan yang tegas bahawa kerajaan tidak akan ratifikasi.
“Jadi di pihak kita ada kebimbangan, maka sebab itu dari segi politik, himpunan ini mesti diteruskan bagi memberi isyarat tentang pendirian rakyat,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Pas dan UMNO untuk mengadakan perhimpunan pada 8 Disember ini bagi membantah ICERD.
Dalam pada itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, pihaknya hanya bekerjasama dengan UMNO untuk perhimpunan itu sahaja.
“Dari segi politik lain tidak ada, kerjasama ini lebih kepada isu-isu bersama,” katanya.
Beliau mengulangi desakan Pas supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy meletakkan jawatan atau dipecat.
“Beliau (Moorthy) perlu meletakkan jawatan sebab menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat, kita tengok sendiri komen termasuk bukan Melayu ramai yang tidak setuju dengan pendirian beliau.
“Perkara ini telah berjalan dengan baik di Malaysia dari segi layanan yang baik kepada kaum bukan Melayu, peluang kerja dan orang lain semua boleh tengok,” katanya. (Utusan)
Sobat baru saja selesai membaca :
PAS Tetap Teruskan Bantahan ICERD 8 Disember Ini, Walaupun..
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PAS Tetap Teruskan Bantahan ICERD 8 Disember Ini, Walaupun.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: PAS Tetap Teruskan Bantahan ICERD 8 Disember Ini, Walaupun.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/11/pas-tetap-teruskan-bantahan-icerd-8.html