Judul : Mengapa Petani Disaman.., -ADUN Penanti
link : Mengapa Petani Disaman.., -ADUN Penanti
Mengapa Petani Disaman.., -ADUN Penanti
PULAU PINANG 12 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin meluahkan kekecewaan berhubung layanan yang diterima golongan petani di kawasannya daripada agensi kerajaan negeri.
Norlela berkata, beliau dimaklumkan petani yang terlibat dalam penganjuran Pesta Padi Antarabangsa di Kampung Terus, Penanti pada Ogos lalu disaman oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).
Menurutnya, individu berkenaan akan dihadapkan ke mahkamah pada 15 November ini atas kesalahan meletakkan arca jerami pelbagai bentuk di tepi jalan ketika festival berkenaan berlangsung.
“Kenapa perlu sampai dikenakan tindakan mahkamah sedangkan mereka yang terlibat mempromosikan kegiatan pelancongan di negeri ini.
“Pembinaan arca berkenaan oleh orang kampung merupakan satu bentuk kemahiran yang dihargai, malah festival berkenaan yang berlangsung selama dua hari berjaya menarik kehadiran 7,000 orang," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.
Pada masa sama, Norlela turut kecewa apabila penganjuran festival berkenaan telah ' dirampas' daripada penduduk Penanti apabila bakal dipindahkan ke Balik Pulau pada tahun depan.
Bagaimanapun hujah berkenaan menyebabkan Ketua Menteri, Chow Kon Yeow (DAP - Padang Kota) bangun mencelah dengan menjelaskan lokasi penganjuran festival berkenaan ditambah dan tidak berniat untuk 'merampas' daripada penduduk Penanti. - UTUSAN ONLINE
Sobat baru saja selesai membaca :
Mengapa Petani Disaman.., -ADUN Penanti
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mengapa Petani Disaman.., -ADUN Penanti dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mengapa Petani Disaman.., -ADUN Penanti link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/11/mengapa-petani-disaman-adun-penanti.html