Judul : Amaran Azmin, Boleh Jahanam PKR!
link : Amaran Azmin, Boleh Jahanam PKR!
Amaran Azmin, Boleh Jahanam PKR!
MOHAMED AZMIN ALI dan Amirudin Shari bersama penerima-penerima Skim Pembiayaan Hijrah Selangor dalam majlis Taklimat Pembangunan Selangor serta Minum Petang bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Besar Selangor di Kuala Selangor, semalam.
Lihat sambungan siri ini..
E Buku IH-121: Kemelut Dalam Senyum, Anwar/Mahathir
KUALA SELANGOR 9 Nov. - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengecam kegagalan Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) bertindak ke atas kontroversi senarai ahli PKR Cabang Julau, yang secara tiba-tiba keahliannya mendadak dengan drastik.
Mohamed Azmin yang nasibnya bakal diputuskan di Julau, sama ada dapat mempertahankan kedudukannya atau tidak berkata, kegagalan Saifuddin dan JPP bertindak bakal menjahanamkan PKR kerana segala bukti yang amat meragukan telah didedahkan banyak pihak.
“Ini satu perkara yang tidak boleh diketepikan, masalah dibangkitkan itu masalah serius yang boleh menjahanamkan parti. Sebab itu, kita mendesak Setiausaha Agung dan JPP ambil serius pandangan ini kerana bukti dikemukakan itu terlalu kukuh dan tidak boleh untuk diketepikan begitu saja.
“Keadilan (PKR) membicarakan soal reformasi, kita menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi kita juga harus melakukan muhasabah. Sebab itu JPP harus ambil serius perkara ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas hadir mendengar Taklimat Pembangunan Selangor di sini hari ini.
Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.
Kepada soalan apakah 13,000 ahli PKR Cabang Julau yang dikatakan layak mengundi itu bakal menjejaskan peluangnya untuk mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden, Mohamed Azmin berkata, perkara utama adalah bukan soal jumlah ahli, tetapi masalah kelayakan.
“Jangan cepat cakap soal layak, isu kelayakan mereka sebagai pengundi perlu diselesaikan terlebih dahulu dan kalau tak, mereka tidak layak mengundi (tetapi jika masih tidak diselesaikan) ini tidak boleh kita terima,” ujarnya. (Utusan)
Sobat baru saja selesai membaca :
Amaran Azmin, Boleh Jahanam PKR!
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Amaran Azmin, Boleh Jahanam PKR! dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Amaran Azmin, Boleh Jahanam PKR! link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/11/amaran-azmin-boleh-jahanam-pkr.html