Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?

Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut? - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?
link : Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?

Baca juga


Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?



BAITULMAQDIS, 6 Zulhijjah 1439H, Sabtu – Rejim pengganas Israel menutup Masjid Al-Aqsa di sini selepas menembak mati seorang warga Palestin berusia 30 tahun, yang didakwa cuba menikam sekumpulan anggota polis rejim itu, semalam.
Berikutan itu, rejim pengganas Israel menghalau jemaah di dalam Masjid Al-Aqsa, sebelum menutup pintunya dan menghalang umat Islam memasuki pekarangan masjid.
Sebagai tanda protes, ratusan rakyat Palestin melakukan solat Isyak di luar pintu pagar hingga menyebabkan tentera rejim Israel menggunakan bom pemedih mata untuk menyuraikan mereka.
Bagaimanapun, tentera rejim kemudiannya membenarkan beberapa pegawai Palestin untuk solat di dalam masjid suci ketika umat Islam itu.

Pada masa sama, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menggesa rejim Zionis membuka semula Masjid Al-Aqsa sebelum keadaan menjadi tidak terkawal.
Kenyataan itu menyebut, apa-apa langkah yang akan mengubah status agama dan sejarah Al-Aqsa hanya akan membawa kepada keadaan tidak tenteram.
“Baitulmaqdis Timur dan Al-Aqsa adalah garis merah kami. Tidak akan ada keamanan dan keselamatan tanpanya,” kata kenyataan itu seperti dipetik laporan berita antarabangsa.
Dalam kejadian lain, dua lagi rakyat Palestin terbunuh dan 40 cedera selepas tunjuk perasaan ‘Great March of Return’ di sempadan Gaza-Israel, diserang askar rejim Zionis.
Dalam satu kenyataan, Jurucakap Kementerian Palestin, Ashraf al-Qidra berkata, dua rakyat Palestin ditembak mati oleh askar Israel berhampiran sempadan timur kem pelarian Al-Bureij di Gaza, manakala 40 warga Palestin cedera akibat tembakan peluru hidup.
Sa’di Akram Muammar, 26, ditembak mati di timur Rafah, manakala Karim Abu Fatayer, 30, pula maut ditembak di kepala ketika tunjuk perasaan di Semenanjung Gaza.
Sejak tunjuk perasaan yang bermula pada 30 Mac lalu, sekurang-kurangnya 162 warga Palestin terbunuh dan ribuan lagi cedera akibat serangan tentera rejim pengganas Israel. – Agensi
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Dah ratusan hari PH perintah negara, tapi sikap PH terhadap pertarungan Islam-Israel masih belum jelas. Atau ambil sikap pengecut? Pengecut pun ada dua. Pengecut ketakutan terhadap kekuasaan Israel/AS. Atau pengecut terhadap DAP yang menguasai kerusi terbanyak, bagi menentukan haluan parti tersebut. 
Yang mereka tidak takut hanya kepada Allah SWT.
Jahannam Israel!
Allahu Akbar!


Sobat baru saja selesai membaca :

Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut?

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Zionis Tutup Masjid Al-Aqsa. Tiada Sikap PH, Atau Ambil Sikap Pengecut? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/zionis-tutup-masjid-al-aqsa-tiada-sikap.html

Subscribe to receive free email updates: