PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera.

PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera.
link : PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera.

Baca juga


PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera.


Hasil carian imej untuk felda

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) digesa memberikan penjelasan lanjut mengenai janji untuk menghapuskan hutang peneroka sebagaimana termaktub dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
Gesaan itu disuarakan oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kecewa de­ngan sikap kerajaan kerana masih membisu mengenai janji tersebut.
Hal ini kerana, Naib Presiden UMNO itu percaya bahawa ramai peneroka mengundi PH kerana `termakan’ dengan janji penghapusan hutang itu.
“Menteri (Hal Ehwal Ekonomi) perlu menjawab apakah hutang peneroka akan dihapuskan? Jika ya, apakah semua hutang atau sebahagian daripada hutang?
“Apakah jenis hutang-hutang dan bila akan dihapuskan?” kata­nya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ismail Sabri dalam pada itu berpendapat hutang-hutang pe­neroka tidak akan dihapuskan selepas melihat kepada penjelasan mengenainya dalam sidang Dewan Rakyat semalam.
“Samalah seperti pengundi di Sabah dan Sarawak yang tertipu dengan janji royalti minyak 20 peratus daripada pendapatan kasar hasil minyak sedangkan PH membuat definisi sendiri seba­nyak 20 peratus daripada keuntungan bersih,” jelas beliau.
Selain itu, beliau turut menzahirkan rasa kecewa berikutan kegagalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab isu Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan mengelak daripada celahan isu Felda pada sesi perbahasan di Dewan Rakyat.
Sedangkan, kata Ismail Sabri, isu berkaitan Mara sangat dekat dengan hati orang Melayu serta bumiputera.
“Isu memecahkan fungsi-fungsi Mara dengan meletakkannya di bawah beberapa kementerian langsung tidak mendapat maklum balas daripada menteri,” ujar beliau. – UTUSAN


Sobat baru saja selesai membaca :

PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: PH Nak Tunai Janji Hapus Hutang Peneroka FELDA, Bila? -Ahli Parlimen Bera. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/ph-nak-tunai-janji-hapus-hutang.html

Subscribe to receive free email updates: