Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman.

Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman.
link : Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman.

Baca juga


Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman.

SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desakan pejuang LGBT  SELEPAS Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desakan pejuang LGBT semakin menjadi-jadi. GAMBAR HIASAN/AFP  

NUKILAN ini ditujukan khas kepada umat Islam. Ibu bapa muslim perlu menangani secara serius apabila melihat peri laku dan perangai anak-anak mereka yang cenderung kepada unsur-unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Secara berhikmah, kita kena bertindak mencegahnya dari awal agar anak bangsa kita tidak terjebak ke kancah nafsu hidup songsang ini. 
Setiap muslim bertanggungjawab membentuk diri, keluarga dan masyarakat. Semua orang tahu bahawa mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Golongan LGBT wajib diperbetulkan. Kerajaan adalah sumber kuasa dan kerana itu perlu mempunyai satu pendirian yang tegas. Golongan LGBT pula perlu kembali kepada Allah, bertaubat dan tidak sekali-kali menyalahi fitrah kejadian makhluk.
Kita tahu bahawa tidak ada agama dan mana-mana kepercayaan yang menolak nilai-nilai akhlak dan moral yang baik. Kita ada batas-batas hubungan sesama manusia, apalagi yang melibatkan jantina. Desakan beberapa orang aktivis LGBT menuntut hak kesamarataan dari sudut hak asasi sepatutnya tidak timbul. Selama ini pun hak pendidikan, rawatan kesihatan, pekerjaan dan perlindungan keselamatan diberikan tanpa diskriminasi. Kumpulan pendesak ini semacam menuntut sesuatu yang bukan hak mereka. Apakah yang sedang kumpulan ini perjuangkan?
Umat Islam hendaklah memahami dan menghayati soal akidah, syariat dan akhlak. Tamadun bangsa-bangsa Islam adalah terbina atas landasan akidah, syariat dan akhlak. Apabila ketiga-tiga gabungan itu bekah dan rabit, maka tunggulah akan tiba masa kemusnahan dan kehancuran umatnya. Kejatuhan empayar-empayar besar dahulu pun adalah disebabkan kelemahan akidah, syariat tidak dipatuhi dan akhlak di ketepikan. Ada pengaruh asing yang sedang bergerak merosakkan akhlak umat Islam seluruh dunia. Pengaruh itu sedang menerobos masuk ke negara-negara Islam.
Kenapa agaknya isu LGBT tiba-tiba heboh semasa Malaysia sedang menyambut Hari Kebangsaan Ke-61, 31 Ogos ini? Beberapa aktivis LGBT agaknya memaknakan kemerdekaan atau kebebasan itu dengan erti `bebas’ yakni kebebasan melakukan apa sahaja meskipun melanggar batas-batas agama dan budaya. Kerajaan pula kelihatan tidak mahu menanganinya secara arif atau berusaha membanteras kegiatan mereka.
Persoalan LGBT telah timbul tidak kurang daripada satu dekad yang lalu lagi. Selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), desakan pejuang LGBT semakin menjadi-jadi. Golongan LGBT dijadikan suatu medan ‘perjuangan’. Kita tidak tahu apakah maksud di sebalik promosi LGBT di Festival George Town, Pulau Pinang menjelang Hari Kebangsaan 31 Ogos ini dan ada pameran yang mempamerkan pejuang dan aktivis LGBT? 
Tentu ada niat yang tersirat. Ada pendapat dari kalangan tertentu menyebut kita tidak seharusnya mendiskriminasi mana-mana individu kerana orientasi seks mereka. Apakah benar gambaran seolah-olah hak LGBT bersekolah dan memperoleh khidmat kesihatan dinafikan di Malaysia? Kalangan itu sengaja mahu mengalih perhatian bagi mendapatkan simpati ‘perjuangan’ yang mahu mengangkat LGBT tanpa mengira implikasi­nya kepada kehidupan berbangsa dan bernegara.
Islam melaknat sifat menyerupai lelaki atau perempuan dalam konteks jantina yang berlainan. Daripada Abu Hurairah r.a: “Rasulullah SAW telah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian pe­rempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki”. Hukumnya haram dan berdosa besar.
Gaya seks songsang seperti sudah dibolehkan di Malaysia. Apakah ini tidak bermakna kita sedang mencipta lebih ramai anak-anak muda yang menghidap HIV dan Aids di Malaysia? Tidakkah kerajaan terfikir bahawa rupanya Malaysia mahu jadi hebat dengan membenarkan citra LGBT sebagai sebahagian budaya bangsa Malaysia? Apakah pengaruhnya tidak berkembang biak menjadi sebahagian kebudayaan kebangsaan sedangkan ia bertentangan dengan Islam dan prinsip unsur-unsur asing yang sesuai dan wajar?
Apakah umat Melayu-Islam di Malaysia mahu mencorakkan budaya bangsa Malaysia itu sedemikian rupa? Umat Islam pastinya tidak akan bersedia dan bersubahat menjadikan LGBT itu sebagai pola kehidupan berbangsa dan bernegara di Malaysia atau sanggup menerimanya sebagai salah satu ciri Malaysia Baharu.
Menurut laporan Program HIV/Aids, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAIDS), golongan transgender berhadapan dengan risiko 12 kali ganda jangkitan virus HIV kerana seks bebas. Golongan gay dan lelaki yang melakukan hubungan sejenis berhadapan risiko jangkitan 27 kali lebih tinggi dijangkiti virus HIV berbanding faktor lain. Berdasarkan statistik di peringkat global, data analisis khas UNAIDS, 1.8 juta kes jangkitan baharu di seluruh dunia dengan 504,000 daripadanya terdiri daripada golongan LGBT.
Amerika Syarikat dan Eropah Tengah sahaja mencatatkan peratusan jangkitan HIV golongan LGBT tertinggi dengan 59 peratus kes baharu pada tahun 2017. Keadaan ini sedang merebak di Amerika Latin, Asia Pasifik, Kepulauan Carribbean, Eropah Timur dan Asia Tengah. Di Indonesia 50.6 peratus daripada 48,000 kes baharu individu dijangkiti HIV terdiri daripada mereka yang mengamalkan gaya hidup homoseksual dan biseksual. Apakah tidak aneh bagi kita di Malaysia apabila ada beberapa individu sengaja mengambil peranan memperjuang dan mempromosikan LGBT ini untuk diterima rakyat? Apakah kita sendiri yang sedang mengundang bala bencana, azab Allah SWT dan faktor kemusnahan kepada agama, bangsa dan tanah air? Nauzubillah.
DATUK A. AZIZ DERAMAN ialah bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Presiden Pertubuhan Peradaban Melayu Malaysia Kelantan (Peradaban).


Buktikan kebencian anda kepada PH di bawah Tun M dengan mengundi PAS dalam PRK ini..



Sobat baru saja selesai membaca :

Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Pengamal LGBT Lawan Akhlak Islam. -Datuk A.Aziz Deraman. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/pengamal-lgbt-lawan-akhlak-islam-datuk.html

Subscribe to receive free email updates: