Judul : MCA Tidak Setuju Hudud, Tapi Tak Serang PAS.. -Presiden PAS
link : MCA Tidak Setuju Hudud, Tapi Tak Serang PAS.. -Presiden PAS
MCA Tidak Setuju Hudud, Tapi Tak Serang PAS.. -Presiden PAS
SHAH ALAM: Sikap MCA yang tegas tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud tanpa menyerang PAS antara sebab parti Islam itu sedia bekerjasama, kata Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi berkata sikap MCA berbeza dengan DAP yang menentang hudud sambil menyerang PAS, walaupun ketika bersama dalam gabungan Pakatan Rakyat, yang terbubar pada 2015“Kita akan bantu MCA di PRK DUN Balakong atas semangat setiakawan pembangkang. MCA menentang hudud dan DAP juga menentang hudud tetapi DAP tentang hudud semasa kita sama-sama dalam gabungan.
“Ketika itu kita dalam satu gagasan tetapi dia tidak mahu hormati, dia serang kita walaupun kita dalam satu pakatan. MCA pula bukan dalam satu pakatan.
“MCA memang tidak setuju tetapi dia hanya cakap tidak setuju, tidak menyerang sebagaimana dilakukan DAP, itulah bezanya,” katanya pada sidang media di pejabat PAS Shah Alam hari ini.
Hadi berkata dalam PRK DUN Seri Setia, PAS melihat kerjasama dengan Umno sebagai suatu perkara positif dan yakin kerjasama itu akan ditingkatkan.
“Saya melihat di Sungai Kandis merupakan satu pendahuluan yang sangat positif dan saya yakin di Seri Setia akan meningkat lagi. Ini dapat dilihat dengan kehadiran pemimpin Umno dalam majlis penamaan dan pengumuman calon,” katanya.
Beliau sendiri tidak melihat imej Umno yang terpalit skandal akan menjejaskan kempen PAS menghadapi Pakatan Harapan (PH).
“Pada saya, janji 100 hari PH yang diuar-uarkan dapat dilihat oleh rakyat. Saya yakin akan berlaku satu perubahan sikap,” katanya.
Hadi berkata perubahan sikap pengundi boleh dilihat pada peraturan keluar mengundi yang rendah dalam PRK DUN Sungai Kandis. Di PRK DUN Balakong, PH buat pertama kali menggunakan logonya dan menampilkan pemimpin wanita muda, Wong Siew Ki dari DAP, manakala MCA mempertaruhkan ahli perniagaan Tan Chee Teong. Di DUN Seri Setia pula, PH meletakkan bekas ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) Halimey Abu Bakar untuk berdepan calon PAS dan beaks exco Selangor, Dr Halimah Ali.
Sobat baru saja selesai membaca :
MCA Tidak Setuju Hudud, Tapi Tak Serang PAS.. -Presiden PAS
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang MCA Tidak Setuju Hudud, Tapi Tak Serang PAS.. -Presiden PAS dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: MCA Tidak Setuju Hudud, Tapi Tak Serang PAS.. -Presiden PAS link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/mca-tidak-setuju-hudud-tapi-tak-serang.html