Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam

Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam
link : Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam

Baca juga


Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam

 Mohd Norkhuzaini menyampaikan ucapan dalam forum tersebut. 

Oleh: Siti Ainum Amijudin

Hak asasi manusia perlu berperanan selari dengan syariat Islam yang digariskan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. 

Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ianya selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Terengganu yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

"Kita beri peluang untuk rakyat menyuarakan pendapat mengenai isu-isu yang berkaitan perniagaan dan hak asasi manusia khususnya isu-isu setempat," tambahnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Forum "Mempromosi dan Mengaplikasikan Prinsip Panduan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan" di Duyung Marina Resort, semalam. Mohd Norkhuzaini Ab Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera berkata, antara objektif utama forum ini adalah untuk memperkenalkan Prinsip Panduan PBB mengenai Hak Asasi Manusia dan Perniagaan (UN Guiding Principles on Business and Human Rights).
"Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan pemahaman terhadap UNGP dan bagaimana ianya boleh diaplikasikan.

"Selain itu untuk mengenal pasti dan mempromosi amalan baik dalam pelaksanaan UNGP," ujarnya.

Matlamat forum juga adalah untuk menyediakan peluang kepada pelbagai pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan pertubuhan masyarakat.

Beliau berharap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dapat terus meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri pada masa akan datang untuk memberi kesedaran berkaitan hak asasi kepada rakyat.  (Teganukita)


Sobat baru saja selesai membaca :

Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Hak Asasi Manusia Mesti Selari Dengan Syariat Islam link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/hak-asasi-manusia-mesti-selari-dengan.html

Subscribe to receive free email updates: