Festival Mek Dan Awang, T'ganu.

Festival Mek Dan Awang, T'ganu. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Festival Mek Dan Awang, T'ganu., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Festival Mek Dan Awang, T'ganu.
link : Festival Mek Dan Awang, T'ganu.

Baca juga


Festival Mek Dan Awang, T'ganu.



Nama 'Mek dan Awang' sememangnya cukup sinonim di kalangan masyarakat Terengganu dan kini diketengahkan melalui Festival Peranakan Terengganu selama  enam hari bermula 17 sehingga 22 Ogos ini.

Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata panggilan "Mek dan Awang" di kalangan masyarakat Melayu menggambarkan tahap kemesraan di dalam keluarga dan antara sahabat handai.
 Wan Sukairi meninjau pameran. Foto Tg Syamim Tg Ismail

"Bagi kominiti Cina pula, signifikan nama "Mek dan Awang" turut menggambarkan hubungan erat bukan sahaja sesama komuniti malah dengan masyarakat majoriti Melayu di sekeliling, " katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO Negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah pada Majlis Perasmian Festival Peranakan 2018, di Kampung Tiong, Kuala Terengganu malam tadi.

Ahmad Samsuri berkata, memandangkan keunikan nama "Mek dan Awang" itu sendiri yang memberi pengertian identiti Negeri Terengganu, pihaknya mencadangkan nama Festival Peranakan Terengganu dijenamakan semula sebagai "Festival Mek Awang Terengganu" bermula tahun hadapan.

"Menerusi festival ini juga ia dapat dijadikan platform untuk terus memastikan kelestarian seni, budaya dan warisan masyarakat Cina terus terpelihara yang mampu menghidupkan kembali nostalgia lama dan sekali gus mampu membantu menjadikan Kampung Cina sebagai 'A Unique Heritage Brand In A Tourism Hub' dalam memprkenalkan Terengganu kepada pelancong luar," katanya

Katanya, justeru, Kerajaan negeri tidak bersendiriran dan mengharapkan kerjasama daripada semua rakyat untuk menjadi 'duta' dalam turut sama membantu mempromosikan kempen "Beautiful Terengganu, Malaysia" ini.

"Kebudayaan peranakan Terengganu mempunyai warisan tradisonal yang amat unik dari segi adat resam, pemakaian, makanan dan loghat perbualan melalui proses asimilasi budaya dengan masyarakat Melayu.

"Festival itu akan dijadikan acara tahunan dan dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri sekali gus membantu mengembalikan nostagia,' katanya. (Teganukita)


Sobat baru saja selesai membaca :

Festival Mek Dan Awang, T'ganu.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Festival Mek Dan Awang, T'ganu. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Festival Mek Dan Awang, T'ganu. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/08/festival-mek-dan-awang-tganu.html

Subscribe to receive free email updates: