Judul : Wabak LGBT Adalah Jenayah Moral Berat
link : Wabak LGBT Adalah Jenayah Moral Berat
Wabak LGBT Adalah Jenayah Moral Berat
KUALA LUMPUR 6 Julai – Hukum dan peraturan dalam agama Islam tidak boleh ‘ditunduk dan dibelakangkan’ hanya kerana ingin mengangkat makna kebebasan bersifat songsang yang berselindung di sebalik payung hak asasi manusia.
Bercakap mengenai gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), ia tidak seharusnya megah dilaungkan sebagai hak setiap warganegara semata-mata, sebaliknya perlu juga diteliti mengenai hak dalam kelompok masyarakat.
Mengulas perkara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menegaskan bahawa kesemua perlakuan seks di luar tabii jelas merupakan satu bentuk jenayah.
Beliau berkata, walaupun ia dilakukan secara ‘sembunyi-sembunyi’, melihat kepada situasi kini, implikasi dan wabak LGBT di negara ini tetap tersebar luas tanpa sekatan terutama dalam laman media sosial.
“Maknanya satu perkembangan yang tidak sihat kalau gerakan ini didasarkan kepada hak asasi manusia ataupun kebebasan. Agama tidak boleh ditundukkan di bawah apa yang disebut sebagai hak asasi manusia,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.
Dalam pada itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah), Ismail Mina Ahmad menyifatkan bahawa LGBT merupakan satu bentuk fenomena anarkisme sosial dalam masyarakat dan selayaknya digelar sebagai jenayah moral yang berat. (Utusan Online)
Sobat baru saja selesai membaca :
Wabak LGBT Adalah Jenayah Moral Berat
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Wabak LGBT Adalah Jenayah Moral Berat dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Wabak LGBT Adalah Jenayah Moral Berat link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/07/wabak-lgbt-adalah-jenayah-moral-berat.html