Judul : Tutup Sekolah Tahfiz, Zainudin Maidin Ulangi Desakan.
link : Tutup Sekolah Tahfiz, Zainudin Maidin Ulangi Desakan.
Tutup Sekolah Tahfiz, Zainudin Maidin Ulangi Desakan.
KUALA LUMPUR – Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan yang dikenali ramai sebagai penyokong tegar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini mengulangi desakan supaya operasi sekolah tahfiz di seluruh negara ditutup sepenuhnya.
“Saya harap Mujahid (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) akan dapat memainkan peranan berani dan tegas untuk membawa umat Islam negara ini kepada realiti dan keperluan kepada sikap dinamik dan menolak kearaban sebagai keislaman.
“Pertama sekali langkah mesti diambil untuk menutup semua sekolah tahfiz di negara ini yang tidak memberikan harapan masa depan kepada generasi baru Islam,” kata Zainuddin yang juga dikenali dengan nama pena Zam dalam tulisan di blognya hari ini.
Menurut penulis buku politik ‘Mahathir Di Sebalik Tabir’ itu lagi, usaha juga perlu dilakukan untuk mencegah sekolah agama dari menjadikan kupiah dan jubah sebagai pakaian di sekolah.
“Cegahlah sekolah-sekolah agama menjadikan pakaian Arab sebagai uniform sekolah. Galakkan memakai songkok, berseluar dan berkemeja.
“Cegah kupiah dan berjubah. Sunnah Nabi tidak ada lagi dalam jubah yang telah pun dimodenkan oleh commercialism,” katanya lagi.
Pada September tahun lalu, penyokong kuat Dr Mahathir itu juga pernah mencetuskan kontroversi apabila mendesak kerajaan mengharamkan sekolah tahfiz susulan tragedi kebakaran yang meragut 23 nyawa pelajar dan guru Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah.
“Menteri pendidikan tak anggap urgent syor saya supaya sekolah tahfiz diharamkan dahulu sehingga ada standard sistem. Hari ini dia bayar harganya.
“Pengetua Pusat Tahifiz yang terbakar patut ditangkap kerana tak patuh arahan (peraturan keselamatan) DBKL dan BOMBA,” kata Zam menerusi akaun twitternya pada 14 September 2017.
Zam yang waktu itu giat menyokong usaha Dr Mahathir untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak juga cuba mempolitikkan insiden kebakaran yang mengorban pelajar tahfiz itu dengan mengaitkan lawatan kerja Najib ke Amerika Syarikat (AS).
“25 pelajar tahfiz Keramat Hujung Datuk Keramat mati terbakar pagi ini. Berita ini tenggelamkan berita kejayaan Najib jumpa President Trump,” katanya di laman twitter yang sama.
Apabila netizen membidas tulisannya yang mengaitkan lawatan Najib ke AS dengan kebakaran tersebut, Zam kemudiannya mendakwa insiden tersebut berlaku kerana kelalaian kerajaan pimpinan Najib.
“Mana boleh tak ada hubungan. Tragedi besar di negaranya kerana kelalaian pemerintahannya,” kata Zam dengan yakin mempertahankan tulisannya.
Bagaimanapun hasil siasatan pihak polis dan bomba mendapati insiden kebakaran sekolah tahfiz itu disebabkan tindakan khianat sekumpulan remaja yang berdendam dengan pelajar tahfiz sekolah berkenaan. – SuaraTV
Berita Berkaitan;Tangkap Pengetua, Haramkan Sekolah Tahfiz, Kata Zainuddin Maidin
Sobat baru saja selesai membaca :
Tutup Sekolah Tahfiz, Zainudin Maidin Ulangi Desakan.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tutup Sekolah Tahfiz, Zainudin Maidin Ulangi Desakan. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Tutup Sekolah Tahfiz, Zainudin Maidin Ulangi Desakan. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/07/tutup-sekolah-tahfiz-zainudin-maidin.html