Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali..

Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali..
link : Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali..

Baca juga


Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali..

Hasil carian imej untuk azmin ali

KUALA LUMPUR, 12 Zulkaedah 1439H, Rabu – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan pemberian royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera.

Beliau berkata, cadangan tersebut bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 kerana pengiraan adalah berdasarkan keuntungan kasar dan bukannya atas keuntungan bersih.

Katanya, mekanisme pembayaran royalti petroleum sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan dibincangkan dengan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas untuk mencapai kata sepakat.

“Sekiranya penambahan royalti petroleum kepada 20 peratus hendak dilaksanakan, maka ia akan mengambil masa untuk melakukan pindaan ke atas Akta Pembangunan Petroleum 1974.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang meneliti perkara ini terutama berkaitan fungsi dan bidang kuasa agensi berkaitan dan berkepentingan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Petronas bagi memastikan pembahagian royalti petroleum adil dan telus dengan mengambil kira implikasi kewangan kepada negara termasuk kesan kepada hasil kerajaan, industri dan rakyat,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang meminta kerajaan menyatakan bila pemberian 20 peratus royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak akan dilaksanakan.

PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjanji untuk meningkatkan royalti bagi semua negeri pengeluar petroleum kepada 20 peratus, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak menerima royalti petroleum lima peratus manakala Kelantan dan Terengganu hanya menerima wang ihsan. (Pelbagai Sumber)


Sobat baru saja selesai membaca :

Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/07/royalti-20-bercanggah-akta-pembangunan.html

Subscribe to receive free email updates: