Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14

Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14 - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14
link : Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14

Baca juga


Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14

PDRM

MELAKA – Polis hari ini mengingatkan para penyokong parti politik di negara ini agar tidak menganjurkan atau terlibat dalam sebarang perarakan atau perhimpunan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14) malam ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata ini bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini termasuk provokasi penyokong parti yang bertanding.
“Polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan atau perarakan sama ada untuk meraikan kemenangan atau apa juga aktiviti berkaitan PRU.
“Perkara ini akan diberi perhatian dan semua Ketua Polis negeri juga telah dimaklumkan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Baru di sini.
Turut hadir Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan.
Mengulas lanjut, Zulkifli berkata penyokong parti politik disaran menunggu keputusan pilihan raya di rumah masing-masing kerana ia lebih selesa.
Sementara itu, beliau berkata proses pengundian di semua pusat mengundi seluruh negara berjalan lancar tanpa sebarang gangguan, setakat 2 petang tadi.
“Kita mempunyai anggota dan pegawai yang mencukupi untuk mengiring peti-peti undi ke pusat pengiraan undi selepas tamat tempoh mengundi pada pukul 5 petang ini,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis berhubung calon parti menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali dipercayai dari luar negara setakat jam 2 petang tadi.
Katanya calon yang menerima panggilan berkenaan dinasihatkan membuat laporan bagi membolehkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menjalankan siasatan dan sekiranya terdapat unsur jenayah kes berkenaan akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. – BERNAMA



Sobat baru saja selesai membaca :

Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14 dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tak Boleh Berhimpun Atau Berarak Berkaitan PRU14 link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/tak-boleh-berhimpun-atau-berarak.html

Subscribe to receive free email updates: