Judul : Sarawak Report Umpama Radio Buruk Ulang Balik Cerita Lama
link : Sarawak Report Umpama Radio Buruk Ulang Balik Cerita Lama
Sarawak Report Umpama Radio Buruk Ulang Balik Cerita Lama

Kalau dulu pembangkang menggunakan portal haram, Sarawak Report (SR) untuk memfitnah dengan matlamat menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan macam-macam fitnah dari isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dan tuduhan ke atas KWSP menlenyapkan dana kononnya untuk kegunaan kempen BN untuk PRU14.
Kini, SR sudah jadi radio buruk yang tidak bernilai lagi. Sudah tidak ada benda hendak fitnah, mereka hanya ulang sahaja benda lama yang sudah dijelaskan oleh kerajaan kepada rakyat. Portal fitnah itu diuruskan oleh warga Britain, Clare Rewcastle Brown.
Pada 1 Mei lepas, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang semua permohonan interlokutori dalam kes saman fitnahnya ke atas Clare.
“TGHH (Tok Guru Haji Hadi) menang semua lima permohonan interlokutori! Sarawak Report diperintah membayar keseluruhan kos 28,900 pound (RM155,791),” katanya menerusi Facebook.
Ia berkaitan laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa Presiden PAS itu menerima dana RM90 juta sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Saman terbabit difailkan peguam Abdul Hadi, Carter-Ruck, bagi mendapatkan perintah injuksi dan ganti rugi berhubung artikel di laman web terbabit bertajuk ‘As Najib Denies All Over 1MDB, Let’s Not Forget His Many Other Criminal Connections’.
Wang RM2.6 bilion sudah pun dijelaskan dengan bukti bahawa ia adalah derma dari Arab Saudi dan pihak Menteri negara itu juga sudah memberikan jawapan. Bagaimanapun, portal berkenaan ulang lagi fitnah yang sama.
Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh Mahathir Mohamad ketika ini sudah tidak ada masa untuk reka fitnah baru seperti fitnah berkaitan 1MDB dan peluru mereka sudah kehabisan. Sekarang di atas pentas ceramah mereka, mereka hanya ulang kata-kata bahawa Najib adalah pencuri dan penyamun.
Ketika ini pihak berkuasa mana-mana negara asing pun masih tidak mengemukakan bukti bahawa ada kesalahan dilakukan oleh Najib dalam isu berkenaan. Pihak Pejabat Peguam Negara juga sudah maklumkan bahawa tidak ada pihak berkuasa mana-mana negara menghubungi pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat apa-apa sahaja isu yang dibangkitkan oleh SR.
Bukan sahaja itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy juga kini dengan jujur turun padang memberikan penjelasan kepada orang ramai tentang cerita sebenar berkaitan 1MDB.
Dua hari lepas, Arul berkaya syarikat 1MDB telah pun memindahkan pemilikan semua tanahnya, termasuk plot tanah di Air Itam di Balik Pulau, Pulau Pinang kepada Menteri Kewangan Diperbadankan. berkata di bawah pelan rasionalisasi itu, semua tanah kini berada di bawah bidang kuasa Menteri Kewangan Diperbadankan, atas cadangan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
Beliau berkata, PAC mencadangkan pindahan pemilikan aset yang dimiliki 1MDB kepada syarikat-syarikat di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan, sebagai contoh, Tun Razak Exchange (TRX).
“Ini akan membolehkan ia dibangunkan tanpa dibelenggu oleh tanggapan negatif terhadap 1MDB,” katanya selepas sesi penjelasan mengenai 1MDB, di Balik Pulau.
Pemilikan tanah yang telah dipindahkan kepada Menteri Kewangan Diperbadankan terdiri daripada plot tanah di Air Itam, Pulau Indah, Bandar Malaysia dan TRX, dengan pembangunannya akan diputuskan oleh Menteri Kewangan Diperbadankan.
Sebelum ini, tanah di Air Itam seluas 9.5 hektar itu telah diperuntukkan bagi projek perumahan mampu milik terdiri daripada 9,999 unit kediaman yang dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Arul Kanda berkata, Menteri Kewangan Diperbadankan memiliki 100 peratus tanah di TRX, manakala menara yang sedang dibangunkan telah dipajakkan.
Beliau yang menegaskan bahawa Kementerian Kewangan tidak pernah menyelamatkan 1MDB berkata: “Kami akui bahawa 1MDB telah membuat keputusan perniagaan yang merugikan dan kami akur dengan semua tuntutan yang dibuat oleh PAC seperti menukar pengurusannya.”
Sementara itu, Arul Kanda melahirkan kekecewaan dengan ketidakhadiran pihak pembangkang semasa sesi ceramah umumnya bagi menjelaskan isu berkaitan dengan 1MDB.
Beliau berkata, tidak ada seorang pun daripada wakil pembangkang yang datang menghadiri kempen penjelasan beliau yang bermula di Subang Jaya, diikuti di Shah Alam dan Sungai Siput (semalam) walaupun mereka telah dijemput. (PRU14.TV)

Ikuti selanjutnya..
Sobat baru saja selesai membaca :
Sarawak Report Umpama Radio Buruk Ulang Balik Cerita Lama
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sarawak Report Umpama Radio Buruk Ulang Balik Cerita Lama dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sarawak Report Umpama Radio Buruk Ulang Balik Cerita Lama link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/sarawak-report-umpama-radio-buruk-ulang.html

