Judul : Liberal International Rai Anwar ,‘tokoh’ Penyatuan Liberalisme.
link : Liberal International Rai Anwar ,‘tokoh’ Penyatuan Liberalisme.
Liberal International Rai Anwar ,‘tokoh’ Penyatuan Liberalisme.
LONDON, 6 Ramadan 1439H, Selasa – Persekutuan Politik Antarabangsa, Liberal International (LI) dilapor meraikan pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibebaskan daripada penjara 16 Mei lalu.
Gerakan parti-parti politik liberal itu dalam satu kenyataan berkata, pembebasan ‘tokoh’ itu adalah satu kejayaan kerana Anwar dianggap lambang penyatuan liberalisme.
“Kami sentiasa bersama isterinya, Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah dan anak perempuan Nurul Izzah, yang secara konsisten menyeru pembebasannya di peringkat tertinggi kerajaan dan juga di Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
“Anwar Ibrahim adalah lambang kuasa penyatuan liberalisme. Liberal International meraikannya. LI akan meneruskan kempen untuk membebaskan orang lain yang dipenjarakan di seluruh dunia termasuk senator Leila de Lima, Kem Socha, Raif Badawi, dan Ilham Tohti,” kata kumpulan itu.
Dalam masa sama,LI turut menyatakan bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah salah satu anggotanya.
LI menegaskan, pihaknya lantang bersuara sejak Anwar dibicara dan dipenjarakan atas pelbagai tuntutan bermotif politik sejak 20 tahun yang lalu.
Bekas ketua pembangkang itu menjalani hukuman lima tahun penjara sejak Februari 2015, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
LI diasaskan di Oxford pada tahun 1947, dan telah menjadi rangkaian utama untuk parti liberal memperkuat liberalisme di seluruh dunia.
Pertubuhan itu menyebarkan ideologi kepada orang awam supaya menerima prinsip-prinsip liberal yang bersifat antarabangsa – Agensi
Sobat baru saja selesai membaca :
Liberal International Rai Anwar ,‘tokoh’ Penyatuan Liberalisme.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Liberal International Rai Anwar ,‘tokoh’ Penyatuan Liberalisme. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Liberal International Rai Anwar ,‘tokoh’ Penyatuan Liberalisme. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/liberal-international-rai-anwar-tokoh.html