Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan

Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan
link : Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan

Baca juga


Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan

Anggota Kabinet baharu Persekutuan angkat sumpah jawatan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendahului barisan menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendahului barisan 13 menteri mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di ibu negara.

Kesemua jemaah menteri baru yang mengangkat sumpah di Istana Negara itu dilantik pada Jumaat.

Turut hadir menyaksikan istiadat ialah Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

Upacara yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara itu bermula jam 5.45 petang sejurus keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda berdua.


Upacara bermula dengan penerimaan surat cara pelantikan oleh Dr Wan Azizah selaku Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Acara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dijalankan secara berkumpulan seramai tiga orang.


Grafik Astro AWANI
Kumpulan pertama yang mengangkat sumpah adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri, Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan dan Mohamad Sabu sebagai Menteri Pertahanan.
Foto: Bernama
Kumpulan kedua adalah Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan, Rina Harun sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar serta Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Foto: Bernama
Kumpulan ketiga melafaz sumpah jawatan dan taat setia adalah Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Anthony Loke Siew Fook sebagai Menteri Pengangkutan serta Gobind Singh Deo sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Manakala kumpulan keempat yang mengangkat sumpah adalah Salahuddin Ayub sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Kulasegaran V. Murugeson  sebagai Menteri Sumber Manusia dan Dr Dzulkefly Ahmad sebagai Menteri Kesihatan.


Sobat baru saja selesai membaca :

Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Kabinet Baharu Persekutuan Angkat Sumpah Jawatan link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/kabinet-baharu-persekutuan-angkat.html

Subscribe to receive free email updates: