GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus

GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus
link : GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus

Baca juga


GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus




KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) hari ini menetapkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 0 peratus bermula 1 Jun ini, menurut satu kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

Menurut kenyataan itu, kadar 6 peratus diturunkan kepada 0 peratus di seluruh negara sehingga pengumuman lain dibuat kelak.
Penetapan ini ialah langkah kerajaan PH pimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melaksanakan janji 100 hari pakatan itu, ekoran tuntutan orang ramai terhadap janji tersebut.
Pemansuhan GST ialah perkara pertama dalam senarai janji kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Pakatan Harapan.
PH malah mendakwa Barisan Nasional akan menaikkan kadar GST sekiranya menang dalam PRU14, tuduhan yang dinafikan oleh pemimpin BN.
Sebelum ini, ahli Majlis Penasihat Perdana Menteri, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengumumkan masa yang lebih panjang diperlukan untuk memansuhkan GST ekoran undang-undang yang perlu dipatuhi.
“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berulang kali mengatakan kita perlu mengikut undang-undang sedia ada, kita tidak akan menyimpang daripada mana-mana peraturan ini dan proses yang perlu dilalui untuk perubahan seumpama ini,”kata Zeti.
Katanya lagi, majlis penasihat juga sedang memikirkan cara untuk membantu meningkatkan kuasa beli rakyat.
GST dilaksanakan selepas Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan diluluskan pada 2014 dan mula dilaksanakan pada 1 April, 2015 pada kadar 6 peratus.
Kerajaan PH juga merancang mengambalikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi menampung dan menggantikan GST yang mendatangkan hasil sebanyak RM41 bilion setahun untuk negara. – Mynewshub.cc


Sobat baru saja selesai membaca :

GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: GST Masih Tidak Mansuh, Tetapi Ditetap 0 Peratus link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/gst-masih-tidak-mansuh-tetapi-ditetap-0.html

Subscribe to receive free email updates: