Judul : Agong Perkenan Pembebasan Anwar Ibrahim
link : Agong Perkenan Pembebasan Anwar Ibrahim
Agong Perkenan Pembebasan Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memberi pengampunan penuh kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan diberikan kebebasan serta- merta.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata rayuan pengampunan penuh Anwar telah dibentang dan dipertimbangkan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-51 hari ini.
Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan pengampunan penuh diberikan dan pembebasan serta-merta kepada Anwar setelah dinasihatkan oleh lembaga pengampunan tersebut selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat.
Ketua Umum PKR itu dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh dan sebelum ini dijadual dibebaskan pada 8 Jun. – BERNAMA
Sobat baru saja selesai membaca :
Agong Perkenan Pembebasan Anwar Ibrahim
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Agong Perkenan Pembebasan Anwar Ibrahim dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Agong Perkenan Pembebasan Anwar Ibrahim link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/05/agong-perkenan-pembebasan-anwar-ibrahim.html