Judul : Sumbangan PAS Di Persoal, Tidak Dana Israel Untuk DAP?
link : Sumbangan PAS Di Persoal, Tidak Dana Israel Untuk DAP?
Sumbangan PAS Di Persoal, Tidak Dana Israel Untuk DAP?
Sejak beberapa bulan yang lalu, pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) dilihat begitu giat cuba membongkar serta mempertikaikan sumbangan derma yang diterima oleh PAS kononnya datang dari UMNO ataupun Barisan Nasional. Dakwa mereka, sumbangan berkenaan bersifat politik dan ini membuktikan PAS kini lebih cenderung kepada UMNO berbanding pakatan mereka bersama Parti Ikatan Malaysia.
Sebenarnya, memang agak melucukan tindak tanduk pemimpin PAN yang kesemuanya adalah bekas pemimpin PAS itu sendiri. Manakan tidak, mereka seolah-olah cuba menyembunyikan sebarang bukti sumbangan besar DAP terhadap penubuhan mereka. Walhal, semua pihak tahu bahawa PAN itu sendiri tertubuh hasil daripada tajaan besar DAP untuk menghancurkan PAS.
Disebalik semua ini, timbul juga persoalan, kenapa PAN tidak pula beriya-ia mahu mendedahkan atau mendesak DAP untuk memberitahu, adakah benar wujud sumbangan sebanyak RM 1.2 bilion dari dana Israel menerusi Singapura seperti yang didedahkan oleh bekas Pegawai Khas Lim Kit Siang itu sendiri, Mohamad Razali Abdul Rahman.
Rasanya sudah 3 tahun berlalu sejak kali terakhir respon Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terhadap pendedahan ini termasuk mahu menyaman Razali. namun, sehingga hari ini, tidak ada walau satu pun tindakan undang-undang di ambil terhadap Razali. Dari sinilah timbul persoalan, adakah benar sumbangan berkenaan wujud dan DAP sendiri enggan mengakuinya?
Jika benar PAN mahu mendedahkan sumbangan derma yang diterima oleh PAS kononnya dari UMNO ataupun BN, mereka juga sepatutnya bertindak cuba mengorek, adakah benar wujud sumbangan RM 1.2 bilion berkenaan. Ini kerana, semua pihak sedia maklum bahawa negara tidak mempunyai apa-apa hubungan samada rasmi ataupun tidak dengan Israel. Justeru, sebarang sumbangan, memang diianggap tidak wajar sama sekali.
Inilah yang perlu PAN lakukan jika benar mereka mahukan politik bersih dari sebarang keraguan. Malah, PAN juga perlu mendedahkan berapa jumlah yang diterimaa parti dari dana sumbangan DAP untuk menggerakkan parti mereka. Ini kerana, Presiden dan Timbalannya bukanlah Ahli Parlimen mahupun ADUN untuk mana-mana kawasan.
Sepanjang hampir tiga tahun penubuhan PAN, dari mana sumber kewangan parti berkenaan. Menariknya, sehingga hari ini, baik PAN mahupun DAP tidak pernah walau sekalipun menafikan wujud sumbangan dana yang besar sejak penubuhan PASMA lagi sebelum ianya ditukar menjadi PAN. Sudah tentu ramai yang ingin tahu, benarkah dakwaan ini dan apa tindakan PAN berhubung dakwaan ini sekiranya ianya benar-benar berlaku. (pru14.tv/)
Lihat..
Sobat baru saja selesai membaca :
Sumbangan PAS Di Persoal, Tidak Dana Israel Untuk DAP?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Sumbangan PAS Di Persoal, Tidak Dana Israel Untuk DAP? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Sumbangan PAS Di Persoal, Tidak Dana Israel Untuk DAP? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/04/sumbangan-pas-di-persoal-tidak-dana.html