Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR..

Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR..
link : Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR..

Baca juga


Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR..



PETALING JAYA: Krisis bakal meletus dalam PKR berhubung calon pilihan raya untuk Selangor dengan nama-nama yang dicadangkan oleh timbalan presiden parti Datuk Seri Azmin Ali dikatakan dipotong daripada senarai itu.
Difahamkan sehingga lapan nama yang dikemukakan oleh Menteri Besar Selangor itu telah digugurkan atau ditolak oleh presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Satu delegasi yang diketuai Ketua Wanita PKR, Zuraidah Kamaruddin tiba di kediaman Dr Wan Azizah di Segambut, yang mana ahli PKR menggelar sebagai "Istana Segambut," pada 8 pagi Ahad (22 April) untuk membincangkan perkara itu.

Difahamkan Zuraidah sedang cuba untuk berbincang dengan Dr Wan Azizah supaya memikirkan semula senarai calon.

Penyandang yang digugurkan dikatakan termasuklah Ahli Parlimen Tian Chua (Batu) dan Datuk Dr Tan Kee Kwong (Wangsa Maju) manakala Ahli Dewan Undangan adalah Yaakob Sapari (Kota Anggerik), Hanizah Mohd Talha (Taman Medan) dan Gan Pei Nie (Rawang).

Tiga nama lain yang dicadangkan oleh Azmin juga dilaporkan ditolak.

Mereka termasuklah pembantu akhbarnya, Hilman Idham, yang dicadangkan untuk kerusi DUN Gombak Setia, dan pembantu Azmin, Khaled Jaafar, yang dicadangkan untuk kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Seorang lagi sekutu Azmin, Mohd Razlan Jalaluddin, penyelaras untuk Kota Damansara, juga ditolak sebagai calon.

Delegasi yang diketuai oleh Zuraidah itu termasuklah Gan, Hanizah dan Ahli Parlimen PJ Selatan Hee Loy Sian, mereka yang mempunyai hubungan baik dengan Dr Wan Azizah.

Difahamkan bahawa Dr Wan Azizah telah bersetuju untuk berjumpa dengan Azmin untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Ketidaksefahaman dalam penamaan calon itu adalah kesinambungan perselisihan antara dua kumpulan dalam PKR, satu yang diketuai oleh Azmin dan satu lagi oleh naib presiden Rafizi Ramli, yang menyebelahi Dr Wan Azizah.

Pakatan Harapan dijadual mengumumkan calon mereka di perhimpunan di Sungai Besar pada malam Isnin (23 April).
Joceline Tan, The Star Online, 22 April 2018

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Krisis bakal meletus dalam PKR kerana senarai calon PRU14. Itu hanya ramalan dari desas-desus angin ribut yang bertiup. Merapi krisis sedang bergejolak akan meletus dan meletup. Kita lihat siapa yang akan berkecai?

Lagu PAS Irama Melayu asli



Sobat baru saja selesai membaca :

Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Rebut Calon PRU14, Merapi Bakal Meletus Dalam PKR.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/04/rebut-calon-pru14-merapi-bakal-meletus.html

Subscribe to receive free email updates: