Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis

Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis
link : Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis

Baca juga


Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis


DAP dalam memilih calon kali ini mengutamakan kroni dan tidak memikirkan sentimen rakyat yang mengundi sehingga sanggup mencalonkan cucu pengganas komunis yang membunuh orang Melayu.

Inilah yang disampaikan oleh seorang ahlinya sendiri, Hata Wahari dalam catatan-catatan di Facebook beliau sejak beberapa hari lepas.

Hata, bekas wartawan kanan Utusan Malaysia menyertai DAP pada 2012 di tengah-tengah kekecohan protesnya terhadap pendirian politik akhbar Melayu itu.
Wartawan berpengalaman itu juga ialah bekas presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang menjelang penyertaannya ke dalam DAP telah memprotes majikannya itu secara berseorangan dan terbuka.
Beliau sejak beberapa hari ini menunjukkan rasa tidak puas hati dan berang terhadap proses pemilihan calon-calon DAP.
Beberapa hantaran beliau mengkritik tindakan DAP memilih cucu kepada komunis Shamsiah Fakeh, Jamaliah Jamaluddin untuk bertanding di DUN Bandar Utama, Selangor.
Dalam satu hantaran pada 23 April, Hata menulis: “Shamsiah Fakeh tak pernah memohon maaf pembunuhan demi pembunuhan dilakukan semasa dalam komunis – kini cucu dia bertanding di Bandar Utama – gila.”
Satu poster calon yang dikongsinya pula ditambah dengan keterangan “Cucu Shamsiah Fakeh pemimpun komunis pembunuh orang Melayu” pada gambar Jamaliah.
Pemilihan calon Melayu kontroversi ini membuktikan yang DAP hanya memilih ahli Melayu yang bermasalah kepada orang majoriti Melayu yang beragama Islam dan berbudaya Melayu.
Melayu seperti ini nampaknya perlu membuktikan yang mereka bukan seperti Melayu yang lain, berbudaya dan mengikut cara hidup Melayu yang patuh pada agama Islam.
Beliau turut mengongsi gambar Instagram Lim Guan Eng sambil menyindir pemimpin itu yang disifatkan “tak sabar nak jadi menteri.”
Salah satu gambar tersebut memaparkan Guan Eng bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Hata turut mengongsi catatan Wong Chin Huat, ahli DAP yang juga aktif dalam Bersih 2.0, yang mengatakan tanda-tanda akan mendapat sokongan Melayu telah menjadikan sesetengah “warlord” dalam DAP mengutamakan agenda sendiri dan mengabaikan sentimen ahli akar umbi.
Kata Wong lagi, keangkuhan sebegini boleh menyebabkan tindak balas negatif termasuk menyebabkan kekalahan dalam pilihan raya nanti.
Apa yang disebut Wong ini telah lama disuarakan oleh pemimpin dan ahli DAP peringkat negeri, yang melihat keluarga Lim menolak semua kehendak dan sentimen ahli bawahan dan memastikan calon direstui keluarga Lim sahaja dipilih.
Kuasa keluarga Lim meningkat mendadak sejak berkuasa di Pulau Pinang hingga masuk campur dan meminggirkan pemimpin-pemimpin DAP di negeri-negeri.
Antara penyingkiran yang paling menarik perhatian ialah di Johor, di mana beberapa orang pemimpin yang tidak sependapat dengan anak beranak Lim telah disingkir daripada kepimpinan di negeri.
Akhbar The Star hari ini melaporkan bekas ketua DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau menyerang kepimpinan DAP selepas beliau disingkirkan daripada pencalonan, dan diganti dengan bekas anak didiknya Tan Hong Ping.
Menurut Dr. Boo, ada pihak yang menghasut Tan untuk bertanding menggantikan beliau, tindakan yang disifatkannya sebagai menikam belakang.
Dr. Boo turut mengecam sikap dwistandard DAP yang sering bercakap mendesak pemimpin Barisan Nasional yang terlibat dalam siasatan rasuah meletak jawatan, tetapi membiarkan pemimpin mereka sendiri yang terbabit.
Beliau merujuk kepada Lim Guan Eng yang tidak berdepan sebarang tindakan dalam parti walaupun terlibat dalam kes salah guna kuasa dan korupsi pembelian banglo. – Mynewshub.cc

559686_505894539456840_1348145350_n
Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Sobat baru saja selesai membaca :

Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Hata Wahari Kecewa DAP Pilih Cucu Komunis link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/04/hata-wahari-kecewa-dap-pilih-cucu.html

Subscribe to receive free email updates: