Judul : 6 Calon PH Kalah Sebelum Bertanding PRU14
link : 6 Calon PH Kalah Sebelum Bertanding PRU14
6 Calon PH Kalah Sebelum Bertanding PRU14
Pencalonan sekurang-kurangnya empat wakil Pakatan Harapan dibatalkan sebelum pertarungan Pilihan Raya Umum ke-14 bermula.
Antara mereka adalah Naib Presiden PKR Tian Chua yang diisytiharkan hilang kelayakannya di Batu - kerusi parlimen - yang dipegangnya selama 10 tahun.
Beliau dilucutkan hak bertanding kerana denda RM2,000 yang dikenakan ke atasnya pada bulan lalu walaupun jumlah denda yang sama pada 2010 tidak melucutkan haknya daripada bertanding pada pilihan raya umum lalu.
Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Pizi telah menyelesaikan isu kebankrapannya sebelum dicalonkan, dan membawa dokumen bagi membuktikan dakawan itu hari ini.
"Antara dokumen yang dia berikan kepada pegawai pengurus adalah semakan di laman web Jabatan Insolvensi yang menunjukkan bahawa dia tidak muflis.
"Tetapi (pegawai pengurus) berkata semakan terakhir mendapati dia bankrap, sebab itu saya hairan dengan apa yang berlaku," kata Muhyiddin kepada wartawan.
Beliau berkata parti itu akan berunding dengan peguam mereka mengenai tindakan seterusnya. Nasib yang sama menimpa calon BERSATU, Yaakob Osman di kerusi DUN Penaga di Pulau Pinang. Walau bagaimanapun, Yaakob menafikannya dan mendakwa bahawa semakannya menunjukkan bahawa dirinya bukan bankrap.
|
“Tiada isu dan saya tidak pernah disaman oleh sesiapa pun atau diisytihar muflis. SPR sudah memutuskannya, tiada apa oleh dibuat,” katanya dipetik sebagai berkata oleh The Star Online.
Di Kelantan, calon PKR di kerusi DUN Tawang dan Kuala Balah juga hilang kelayakan bertanding. Mohd Azihan Che Seman hilang kelayakan di Tawang dengan alasan bahawa alamat di kad pengenalannya tidak tertera di Kelantan, yang merupakan syarat untuk bertanding di kerusi negeri di sana. Mohd Hafidz Rizal Amran pula hilang kelayakan di Kuala Balah atas sebab dirinya juga bankrap. Dia enggan mengulas apabila ditemui.
Di kerusi DUN Rantau, calon PKR Dr S Streram, dihalang masuk ke pusat penamaan calon dengan alasan dia tidak membawa pas SPR dan hanya dibenarkan berbuat demikian selepas tiga minit tempoh penaaman calon berakhir. Ini menyaksikan SPR kemudian mengisytiharkan Menteri Besar Sementara Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Hasan, sebagai pemenang kerusi itu.
Sementara itu, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, dalam satu kenyataan, menuduh pegawai pengurus SPR bagi DUN Rantau sengaja melengah-lengahkan calon partinya.
“Saya dimaklumkan oleh wakil-wakil HARAPAN di dalam dewan bahawa Pengarah SPR Negeri Sembilan sebenarnya telah mengarahkan RO (pegawai pilihan raya) di situ untuk membenarkan Dr Streram mengemukakan borang penamaan seawal jam 9.30 pagi lagi.
“Tetapi RO berkenaan melengah-lengahkan sehingga hanya membenarkan pada pukul 10.03 pagi untuk dijadikan alasan menolak borang pencalonan,” katanya.
Turut mengalami nasib yang sama adalah calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Jenice Lee. Beliau mengemukakan kertas pencalonannya untuk kerusi DUN Teratai dan kerusi Parlimen Pandan. Walau bagaimanapun, beliau dibenarkan masuk pada minit-minit terakhir sebelum tempoh pencalonan ditutup.(TKO)
IKLAN
BARBER SHOP 91'.
Kedai Gunting rambut lelaki kami baru dibuka.. Sila kunjungi, 10 pagi hingga 10 malam tiap hari hingga sebulan..
Harga Promosi
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00
Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)
-dewasa RM7:00
-kanak-kanak5:00
Sila kunjungi segera!
Bandar Damai Perdana. No 10 Ground Floor,
Jalan Damai Perdana,5/1B,56000,Cheras, KL.
https://www.facebook.com/gunting.krew?hc_ref=ARTMPWKnBAfryEQBtojBcZSD5UiXc9XcclNqEH-qhttps://www.facebook.com/gunting.krew?ref=bookmarks)
Sobat baru saja selesai membaca :
6 Calon PH Kalah Sebelum Bertanding PRU14
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 6 Calon PH Kalah Sebelum Bertanding PRU14 dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 6 Calon PH Kalah Sebelum Bertanding PRU14 link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/04/6-calon-ph-kalah-sebelum-bertanding.html