Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya..

Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya..
link : Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya..

Baca juga


Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya..



Rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan dikatakan hampir selesai dan nampaknya DAP tidak diperuntukkan sebarang kerusi di negeri itu.


Ia bertentangan dengan hasrat DAP Kelantan sebelum ini yang menyuarakan hasrat untuk kembali bertanding di negeri itu selepas kali terakhir berbuat demikian pada 1986.

Menurut sumber HARAPAN Kelantan, setakat ini hanya tinggal tiga atau empat kerusi yang belum dimuktamadkan dan DAP tiada dalam senarai pembahagian.
"Perbincangan akhir memberi bayangan Parti Amanah Negara (AMANAH) akan bertanding 23 kerusi, PKR 10 kerusi dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) 12 kerusi.

"Ia mencukupkan 45 kerusi DUN di Kelantan dan DAP tiada dalam senarai," kata sumber yang enggan namanya disiarkan kepada Malaysiakini hari ini.
Pada September lalu, Timbalan Pengerusi HARAPAN Kelantan Chua Chin Hui (gambar) yang mewakili DAP menyuarakan hasrat parti itu untuk bertanding di dua kerusi DUN iaitu Galas dan Kota Lama.



Kota Lama adalah DUN dengan pengundi Cina paling ramai dan satu-satunya kerusi DUN yang ditandingi MCA pada pilihan raya umum
(PRU) ke-12 dan ke-13.

DUN Galas pula terletak dalam Parlimen Gua Musang dan DAP dikatakan bercadang meletakkan calon Orang Asli di situ. Namun, sumber itu berkata keputusan yang dicapai hanya di peringkat HARAPAN negeri dan ada kemungkinan kepimpinan pusat akan memperuntukkan kerusi kepada DAP.

"Sebelum ini kerusi-kerusi DUN (dewan undangan negeri) yang gagal diputuskan dibawa ke peringkat pusat.
"Kini namun masih ada beberapa kerusi belum dimuktamadkan dan kita jangka akan selesai dalam jangka masa terdekat," katanya.

Sementara itu Chua berkata pihaknya kesal jika DAP tidak diperuntukkan sebarang kerusi di Kelantan dan menunggu keputusan akhir daripada  Majlis Presiden HARAPAN.

"Tetapi kita terima apa juga ketetapan dan bersedia untuk bekerjasama dengan rakan dalam HARAPAN demi kemenangan di Kelantan,"
katanya ketika dihubungi.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP dah tahu akibatnya jika DAP bertanding di Kelantan. Ambil buat apa kalau tak menang, beri saja pada PAN.


UNDILAH PAS dalam PRU14

PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam?

Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Sobat baru saja selesai membaca :

Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Tiada Kerusi Untuk DAP K'tan. Dia Dah Agak, Akibatnya.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/tiada-kerusi-untuk-dap-ktan-dia-dah.html

Subscribe to receive free email updates: