Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham.

Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham.
link : Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham.

Baca juga


Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham.


LONDON – Setelah gagal hasut komuniti Islam tempatan khasnya generasi muda untuk murtad, Britain kini gempar dengan kempen hina Islam secara terbuka dengan pelbagai tawaran menarik.

Kempen ‘serangan’ terhadap masyarakat Muslim di seluruh England itu kini dalam siasatan oleh pihak berkuasa tempatan, namun disambut baik ramai penyokong anti-Islam sebagai kejayaan hak kebebasan manusia liberal.
Menurut laporan media tempatan, kempen besar-besaran secara bersepadu itu dikenali sebagai ‘Hari Menghukum Orang Islam’ atau ‘Punish A Muslim Day‘ bakal dilancarkan serentak di seluruh negara tersebut pada 3 April depan.
Setakat ini pihak polis tempatan di daerah West Yorkshire sudah berjaya menerima enam aduan berhubung surat berbaur kebencian yang mempromosikan kempen tersebut, lapor stesen penyiaran antarabangsa Al Jazeera.
Beberapa gambar surat itu juga dimuat naik ke media sosial. Tidak pula dipastikan kenapa tarikh itu dipilih namun ia secara kebetulan jatuh pada tarikh Saint Richard of Chichester mati pada tahun 1253 di Dover, Kent, England.
Ia turut merupakan tarikh Saint Edward the Confessor, raja terakhir Anglo-Saxon ditabalkan sebagai pemerintah pada tahun 1043 yang dianggap warak sehingga dihormati Pope Alexander III dan dirayakan setiap 13 Oktober.
Al Jazeera melaporkan, surat misteri yang tular itu cuba provokasi penganut bukan Islam dengan ayat: “Mereka sudah menyakiti anda, mereka sudah membuat orang tersayang anda menderita. Apa yang akan anda lakukan?”
Ia kemudian menawarkan ganjaran lumayan kepada penyerang terbabit, dari serendah 10 markah bagi hina seorang penganut Islam, 25 markah bagi menarik hijab wanita Islam, 50 markah bagi simbah asid ke muka penganut Islam.
Sementara 1,000 markah akan diberikan bagi yang sanggup mengebom masjid manakala paling tinggi tentunya 2,500 markah bagi “memusnahkah Kaabah” iaitu kiblat umat Islam, lapor Al Jazeera dan The Independent.
Pengarah perkhidmatan pengawasan serangan anti-Islam atau Tell MAMA iaitu Iman Atta, turut berkata bahawa surat biadab berkenaan telah mencetuskan ketakutan dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh Britain.
“Mereka tanya sama ada selamat jika anak bermain di luar rumah. Kami memberitahu mereka untuk bertenang dan menelefon pihak polis jika menerima salah satu daripada surat ini,” kata Iman Atta kepada The Independent.
Masyarakat Islam kini penganut agama kedua terbesar di Britain dengan anggaran lebih lima juta orang atau empat peratus daripada jumlah penduduk dan merupakan agama terpantas berkembang iaitu 100,000 orang setahun.
Bagaimanapun, seorang jurucakap polis tempatan berkata bahawa belum jelas sehingga kini sama ada terdapat unsur kes jenayah yang berkaitan dengan surat kontroversi berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasalah, musuh-musuh Islam, sejak dari dulu lagi. Hanya yang kepala otaknya dijajah, masih belum sedar lagi. Mereka takut dengan cara hidup Islam. Sosial, ekonomi, apa lagi dalam politik. Mereka tetap bertahan dengan politik sekularisme saduran penjajah yang menyesatkan.
Di Malaysia, kalau kita ingin kembali kepada Islam, pastikan anda sokong dan mengundi PAS.
.UNDILAH PAS dalam PRU14
PAS, sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP, parti sekular yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan menentang cara hidup Islam? 



Sobat baru saja selesai membaca :

Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham.

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Lancar Kempen Hina Islam, Cuma Yang Otak Dijajah Tak Faham. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/lancar-kempen-hina-islam-cuma-yang-otak.html

Subscribe to receive free email updates: