‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong

‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: ‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong, dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : ‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong
link : ‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong

Baca juga


‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong



KUALA LUMPUR: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, disifatkan sebagai biadab, kerana mengeluarkan kenyataan yang memperlekeh dan menghina titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.
Ia susulan kenyataan Kit Siang ketika sidang media di Parlimen hari ini, yang menyifatkan titah Seri Paduka pada pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Sidang Parlimen Ke-13 semalam, sebagai ucapan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, secara terbuka menyatakan beliau kecewa dengan titah Yang di-Pertuan Agong itu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Seri Jailani Johari, menyifatkan kenyataan Kit Siang itu menunjukkan sikapnya yang biadab serta tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan institusi Diraja.
“Sepatutnya apabila Yang di-Pertuan Agong bertitah, dia perlu akur. Dia sepatutnya guna peluang untuk membahas usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, bukan komen di luar Dewan dan mengkritik apa yang dititahkan.
“Kita juga dapat lihat ketika Yang di-Pertuan Agong bertitah, ada Ahli Parlimen (pembangkang) bercakap sesama mereka serta tidak mematuhi prosedur pakaian ditetapkan Parlimen.
“Itu menunjukkan kebiadaban Ahli Parlimen sebelah sana (pembangkang),” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap, berkata Kit Siang perlu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya menghina Yang di-Pertuan Agong.
Malah, katanya, kenyataan Kit Siang itu seolah-olah menganggap Yang di-Pertuan Agong cuba bermain politik dalam titah baginda dengan menyebelahi kerajaan.
“Titah Tuanku tidak ada retorik politik, sebaliknya menyentuh mengenai kos sara hidup, pendidikan dan ekonomi yang menjadi fakta dalam negara.
“Jangan cuba nak politikkan titah Tuanku. Nampak sangat pembangkang takutkan kekuatan Barisan Nasional (BN) hingga menganggap Yang di-Pertuan Agong cuba bermain politik. Apa salahnya perkara yang disebut Tuanku,” katanya.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata kenyataan Ahli Parlimen veteran DAP itu mempersendakan titah Yang di-Pertuan Agong, selain menunjukkan ketidakmatangan berpolitik.
“Jika mereka mempunyai kuasa memerintah negara, pastinya akan melakukan sesuatu bagi menjatuh atau menghina institusi Diraja dalam negara ini. Ini keadaan yang cukup bahaya dan membimbangkan.
“Saya juga mahu bertanya pendirian Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) atau pimpinan Pakatan Harapan yang lain, apakah mereka bersetuju dengan kenyataan Kit Siang,” katanya – BH


Lihat juga.. 
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS


Sobat baru saja selesai membaca :

‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang ‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: ‘Kit Siang Bersikap Biadap, Perlekeh Titah Agong link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/kit-siang-bersikap-biadap-perlekeh.html

Subscribe to receive free email updates: