Judul : Babi, Masjid Belanja RM34,000. 'rela makan babi' -Prof Dr Ridhuan Tee
link : Babi, Masjid Belanja RM34,000. 'rela makan babi' -Prof Dr Ridhuan Tee
Babi, Masjid Belanja RM34,000. 'rela makan babi' -Prof Dr Ridhuan Tee
KUALA LUMPUR: Penceramah terkenal Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menegur pengurusan masjid yang segera menukar permaidani hanya kerana ia dimasuki babi hutan dua hari lalu.
Baginya, tindakan itu tidak menunjukkan Islam sebagai agama yang mudah sebaliknya sebagai agama yang menyusahkan penganutnya.
"Saya merasa amat pelik dengan cara kita memahami Islam, agama begitu luas menjadi begitu sempit. Babi dilihat sebagai bukan makhluk ciptaan Allah.
"Bayangkan apabila orang bukan Islam membaca berita itu, pasti mereka berkata susah sungguh Islam ini. Padahal ia adalah agama yang mudah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau yang juga pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengulas kejadian seekor babi hutan yang masuk ke Masjid Sungai Pelong di Sungai Buloh ketika ramai jemaah berada di dalamnya.
Ekoran itu pentadbiran masjid melupuskan permaidani lama dan menggantikan dengan baru yang menelan belanja RM34 ribu.
Ridhuan berkata ada kaedah yang lebih mudah bagi menyucikan najis babi dan malah boleh merujuk kepada mazhab lain.
Mufti Perlis Datuk Asri Zainul Abidin dalam kenyataan di Facebook juga berkata dalam isu najis babi, pandangan majoriti ulama lebih kuat dan memudahkan berbanding mazhab Syafii.
Sementara Mazhab Syafii mewajibkan kesan babi dibasuh dengan enam kali air biasa dan sekali air tanah, Asri berkata majoriti ulama berpendapat memadai kesan babi dibasuh sehingga menghilangkan kesannya, tanpa memerlukan tanah.
"Lebih baik jika jumlah itu digunakan untuk menderma kepada rakyat Syria dan Palestin, atau mereka yang lebih memerlukan termasuk di kalangan orang bukan Islam.
"Tidakkah ia lebih memberi kebaikan kepada dakwah?" soal Ridhuan.
Rasuah lebih jijik
Kejadian itu, kata Ridhuan lagi, menunjukkan masalah segelintir umat Islam dalam soal meletakkan keutamaan.
Sebagai contoh, beliau membandingkan status haram bagi babi dan kesalahan rasuah yang baginya jauh lebih memudaratkan.
"Kenapa sanggup berhabis sebanyak RM34 ribu hanya kerana seekor babi? Permaidani itu pula masih boleh digunakan.
"Haramnya babi, ia tidak seberat haramnya rasuah. Jika terpaksa memilih antara babi dan rasuah, saya lebih rela makan babi," katanya lagi.
Lihat juga..
E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS
Sobat baru saja selesai membaca :
Babi, Masjid Belanja RM34,000. 'rela makan babi' -Prof Dr Ridhuan Tee
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Babi, Masjid Belanja RM34,000. 'rela makan babi' -Prof Dr Ridhuan Tee dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Babi, Masjid Belanja RM34,000. 'rela makan babi' -Prof Dr Ridhuan Tee link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/03/babi-masjid-belanja-rm34000-rela-makan.html