Judul : 'pelacur”, murahan, tisu tandas' Kempen #UndiRosak' Kata PH Abai Prinsip.
link : 'pelacur”, murahan, tisu tandas' Kempen #UndiRosak' Kata PH Abai Prinsip.
'pelacur”, murahan, tisu tandas' Kempen #UndiRosak' Kata PH Abai Prinsip.

KUALA LUMPUR – Wakil Rakyat DAP meminta `serangan’ di media sosial keatas aktivis sosial yang menjalankan kempen #UndiRosak, Maryam Lee dihentikan.
Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago berkata, walaupun gadis itu menjalankan kempen #UndiRosak, namun beliau percaya dia adalah penyokong pembangkang.
“Saya tidak bersetuju dengan kempen #UndiRosak, tetapi kita tidak perlu menggunakan perkataan kesat dan ancaman kematian keatasnya.
“Walaupun tidak bersetuju dengan kempen #UndiRosak, kita harus membenarkan kritikan dalam demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Santiago berkata, beliau mengutuk serangan keatas Maryam termasuk melakukan superimpose keatas gambar-gambarnya dalam bentuk seksual.
Maryam yang menjalankan kempen #UndiRosak menjadi mangsa pembulian siber oleh penyokong Pakatan Harapan yang tidak bersetuju dengan kempen tersebut.
Gadis yang dituduh sebagai ejen propaganda Barisan Nasional (BN) itu antara lain digelar sebagai “pelacur”, “perempuan murahan” dan “tisu tandas”.
Selain Maryam, aktivis Hafidz Baharom yang turut terlibat dalam kempen #UndiRosak juga diserang oleh penyokong Pakatan Harapan dengan artikel-artikel berunsur fitnah.
Maryam bagaimanapun menafikan tuduhan penyokong Pakatan Harapan bahawa dia bekerja untuk Barisan Nasional (BN).
Gadis itu sebaliknya menjelaskan dirinya dan penyokong kempen #UndiRosak adalah penyokong pembangkang.
Malah, katanya, bertahun-tahun menjadi sukarelawan pembangkang dan mengambil bahagian dalam perhimpunan seperti Bersih.
Bagaimanapun, jelasnya, penyokong kempen #UndiRosak merasakan Pakatan Harapan telah mengabaikan prinsip-prinsip. – MYNEWSHUB.CC
Lihat sebelum ini...

Sobat baru saja selesai membaca :
'pelacur”, murahan, tisu tandas' Kempen #UndiRosak' Kata PH Abai Prinsip.
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang 'pelacur”, murahan, tisu tandas' Kempen #UndiRosak' Kata PH Abai Prinsip. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: 'pelacur”, murahan, tisu tandas' Kempen #UndiRosak' Kata PH Abai Prinsip. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/02/pelacur-murahan-tisu-tandas-kempen.html