Judul : Mngapa Nama 3 Anak Kembarnya Jurusalem, Capital &Palestin?
link : Mngapa Nama 3 Anak Kembarnya Jurusalem, Capital &Palestin?
Mngapa Nama 3 Anak Kembarnya Jurusalem, Capital &Palestin?

KHAN YUNIS: Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang dibuat Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada hujung tahun lalu membangkitkan kemarahan rakyat Palestin yang membalasnya dengan protes jalanan.
Namun, berlainan bagi pasangan Nidal dan Islam al-Saiqli dari Khan Yunis di Semenanjung Gaza yang meluahkan penentangan menerusi pilihan nama anak kembar tiga mereka yang didaftarkan sebagai Jurusalem, Capital dan Palestin.
Tiga bayi berkenaan iaitu dua lelaki dan seorang perempuan dilahirkan pada Disember, genap dua minggu Trump melakukan pengumuman.
"Syukur kepada Tuhan, saya dianugerahkan bayi kembar tiga yang memberi peluang saya menyindir Trump," kata ibu bayi berkenaan, Islam,25.
"Keputusan Trump itu tiada harga. Baitulmaqdis tetap ibu negara kami selamanya," sampuk suaminya, Nidal, 30.
Pasangan berkenaan mengatur tempat tidur bayi mereka mengikut aturan nama diberi malah meletakkan sijil kelahiran kembar tiga tiga berkenaan di perut masing-masing.
Trump bertegas keputusan dibuatnya itu tidak merencatkan rundingan damai pada masa hadapan namun, Palestin yang marah dengan tindakannya bertekad memutuskan hubungan dengan pentadbiran presiden AS berkenaan.
Malah, protes jalanan berleluasa di Tebing Barat dan Gaza. - AFP

Sobat baru saja selesai membaca :
Mngapa Nama 3 Anak Kembarnya Jurusalem, Capital &Palestin?
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Mngapa Nama 3 Anak Kembarnya Jurusalem, Capital &Palestin? dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Mngapa Nama 3 Anak Kembarnya Jurusalem, Capital &Palestin? link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/02/mngapa-nama-3-anak-kembarnya-jurusalem.html