Judul : Ada Bukti Pertemuan AMANAH/Umno -Mohd Amar
link : Ada Bukti Pertemuan AMANAH/Umno -Mohd Amar
Ada Bukti Pertemuan AMANAH/Umno -Mohd Amar

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memberitahu, beliau kekal dengan dakwaannya sebelum ini berhubung kerjasama dan pertemuan antara Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Umno Kelantan.
Bagaimanapun, timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, beliau tidak akan mendedahkan bukti yang dimilikinya.
"Dia boleh nafikan tapi kita ada maklumat dan ada saksi yang mengatakan ada perjumpaan antara pimpinan AMANAH dan Umno.
"Kita sebut gitu jelah. Tak ada, tak ada (nak tunjukkan bukti).
"Dia nak nafi, nafilah. Dia tuduh kita ada RM90 juta pun tak ada bukti," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Seminar Merakyat Membangun Bersama Islam di Bangi hari ini.
Malaysiakini sebelum ini melaporkan, Mohd Amar mendakwa beliau mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara AMANAH dan Umno.
Menurutnya, wujud perbincangan antara pimpinan kedua-dua parti itu untuk menjatuhkan kerajaan PAS di Kelantan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Bagaimanapun Pengerusi Badan perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas.
Manakala AMANAH turut menafikan dakwaan berkenaan dan merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Amar.
Naib Presidennya, Datuk Husam Musa berkata AMANAH tidak perlu bersusah payah menjatuhkan kerajaan PAS kerana ia akan jatuh dengan sendiri. (TKO)
UNDILAH PAS.

Hanya PAS sebuah parti politik di Malaysia yang membawa kebahagiaan dari dunia hingga akhirat! Bukan seperti DAP yang menjamin 'neraka' di akhirat, kerana menentang Islam dan cara hidup Islam?
Sobat baru saja selesai membaca :
Ada Bukti Pertemuan AMANAH/Umno -Mohd Amar
Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Ada Bukti Pertemuan AMANAH/Umno -Mohd Amar dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.
Telah selesai dibaca: Ada Bukti Pertemuan AMANAH/Umno -Mohd Amar link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/02/ada-bukti-pertemuan-amanahumno-mohd-amar.html