Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti..

Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti.. - Hai Apa kabar Sobat pembaca CEPOT POST?, Cepot harap kabar Sobat baik-baik saja dan tak kurang suatu apa ya.. hehehe.. di kesempatan yang baik ini kita akan mengupas post dengan judul: Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti.., dan sepertinya post kali ini layak dimasukan dalam kategori Artikel Islami, Artikel Kabar, Artikel Ragam, Nah biar gak kelamaan, yuk langsung kita simak saja.

Judul : Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti..
link : Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti..

Baca juga


Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti..


KUALA LUMPUR – Peristiwa krisis kehakiman melibatkan Perdana Menteri pada tahun 80an, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi satu sejarah hitam buat negara.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, krisis itu seterusnya menyaksikan kerajaan telah melanggar perjanjian Royalti Petroleum Terengganu dan Kelantan.
“Ini menunjukkan betapa hilangnya moral demokrasi dan perundangan yang adil (sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Abdul Hadi melahirkan rasa kesal mereka yang terkesan dengan peristiwa hitam itu termasuk golongan oportunis kini hanya tahu mengangguk kepala.
Kata beliau, golongan tersebut kini hanya menjadi pengampu dan syaitan bisu.
“Mereka sama-sama dapat menyaksikan dan merasai akibatnya di dunia ini ketika kita masih hidup dan dipanjangkan umurnya,” kata beliau.
Sehubungan itu, katanya, PAS menolak budaya politik kera mencari makan yang melompat ke pohon yang lebat buah tanpa mempedulikan rakyat menjadi mangsa.
Kata beliau, PAS juga menolak politik sekadar mencari pelanggan laksana penjual ubat kuat untuk tenaga nafsu binatang.
“PAS berpolitik berwawasankan akhirat dengan tetap mendahulukan mencari keredaan Allah S.W.T sebelum keredaan manusia,” katanya.
Sebuah portal berita pada 29 Julai lalu melaporkan pendedahan bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman tentang krisis berkenaan.
Menurut Abu Talib, krisis itu berlaku apabila satu pertemuan dalam kalangan hakim mahkamah agung dan mahkamah tinggi diadakan pada waktu itu.
Mereka memutuskan Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Salleh Abbas mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengadu ada “serangan” badan eksekutif ke atas badan perundangan negara.
Pertemuan itu diadakan selepas Mahathir membentangkan pindaan perlembagaan di Parlimen untuk melucutkan “kuasa perundangan Persekutuan” daripada mahkamah.
Langkah tersebut menjadikan badan berkenaan hanya mempunyai kuasa berdasarkan apa yang diizinkan Parlimen yang ketika itu dikuasai kerajaan Mahathir.
Dalam surat yang ditulis sendiri oleh Salleh kepada Yang di-Pertuan Agong, Ketua Hakim Negara itu menyatakan keluhan hakim-hakim terhadap tindakan badan eksekutif ke atas badan kehakiman negara.
“Baginda merujuk memorandum daripada Salleh kepada Perdana Menteri dengan titah tindakan sewajarnya perlu diambil berdasarkan aduan berkenaan,” kata Abu Talib.
Kata beliau, kemudian sebuah tribunal ditubuhkan dan Salleh akhirnya dipecat atas alasan beliau terbabit dalam salah laku.
Mahathir mendakwa Yang di-Pertuan Agong ketika itu yang mahu Salleh disingkirkan. – MYNEWSHUB.CC


Lihat sebelum ini..
Hasil carian imej untuk undi siapa



Sobat baru saja selesai membaca :

Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti..

Cepot rasa sudah cukup pembahasan tentang Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti.. dikesempatan ini, moga saja dapat menambah informasi serta wawasan Sobat semuanya. Wookey, kita ketemu lagi di artikel berikutnya ya?.

Telah selesai dibaca: Krisis Kehakiman Zaman Tun M, Langgar Perjanjian Royalti.. link yang gunakan: https://cepotpost.blogspot.com/2018/01/krisis-kehakiman-zaman-tun-m-langgar.html

Subscribe to receive free email updates: